Perintis watan di tanah Sungai Gadut,
Menjadi harapan bangsa Melayu,
Menuntut ilmu tak jemu-jemu,
Menjadi kebanggaan ayah dan ibu.
Zerodeuxsix,
Mengorak langkah diera globalisasi,
Bersatu padu berlandaskan demokrasi,
Kejayaan ditempa dengan berani,
Berjalan seiringan berasap berapi,
Taati agama Islam yang hakiki.
Zerodeuxsix,
Kini kau umpama benang yang basah,
Sentiasa menjadikan keadaan resah,
Walaupun ditalu, walaupun disesah,
Sedikit pun rasamu tidak pernah kesah,
Tapi ku tahu kau tidak sanggup kalah,
Usahalah ke penghujung, janganlah mengalah.
Zeroduexsix,
Dari satu menjadi dua,
Kusangka berpadu rupanya bersepah jua,
Kerenah dan masalah banyak yang ada,
Walaupun kau tak mahu tempuhi bersama,
Kejayaan akan sampai jua akhirnya.
Zerodeusxix,
Lima tahun bukan sementara,
Isi hatimu mudah dibaca,
Gerak hatimu mudah ditafsir,
Tidakkah kau pernah terfikir?
Zerodeuxsix,
Lembaran ini belum berakhir,
Sampai kini ku terus berfikir,
Adakah peperangan ini takkan berakhir?
Zerodeuxsix,
Marilah kita bersatu hati,
Bersatu padu tanpa diskriminasi,
Berkasih sayang sepenuh hati,
Membentuk iman yang sejati.
0 comments:
Post a Comment