0

Penentangan dan Pengharaman Islam Hadhari

Terdetik apabila rakan saya yang bertanya melalui pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Pak Lah yang dikatakan memesong daripada akidah umat Islam yg sebenar.

Banyak pihak telah tersalah anggap dengan pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Pak Lah. Pengharaman Islam Hadhari di Perak dan Selangor adalah suatu tindakan yang terburu2 oleh kerajaan negeri. Mereka yang menentang tidak mengambilkira kesan jangka panjang yang akan diperoleh oleh umat Islam melalui pendekatan Islam Hadhari itu sendiri. Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Pak Lah pada tahun 2005 bukanlah terpesong dari ajaran Islam yang sebenar. Sebaliknya prinsip 1 dalam 10 prinsip Islam Hadhari adalah ' Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Allah' adalah sebagai teras utamanya.

Saya amat kesal apabila pendekatan Islam Hadhari ini yg diiktiraf oleh ulama2 dunia yang hebat tidak diterima oleh sesetengah pihak terutama di Malaysia. Kalo tak silap saya pada tahun lepas (2007) persidangan akademik dan fiqh antarabangsa di Putrajaya yang dihadiri oleh lebih 90 ulama2 tertinggi daripada OIC (Pertubuhan Persidangan Negara2 Islam) termasuk tokoh ulama terkenal, Dr. Wahabh Az-Zuhaily turut menerima baik pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Pak Lah. Ulama2 juga menyarankan agar pendekatan Islam Hadhari yang diperkenalkan oleh Pak Lah turut dicontohi oleh negara2 Islam yang lain.

Syeikh Al-Azhar juga menerima baik pendekatan Islam Hadhari yg diibaratkan boleh menyuntik semula kesedaran dalam kalangan umat Islam seluruhnya untuk terus maju dalam pelbagai bidang yang masih ketinggalan. Beliau berkata ketika menghadiri Multaqa Alumni Al-Azhar di Kuala Lumpur awal tahun 2008 yang dihadiri oieh 1,000 orang ulama lepasan Al-Azhar. Pendekatan Islam Hadhari juga turut dipantau dan dipandu oleh pasukan Panel Pemikir Islam Hadhari yg mantap, iaitu dari kalangan cendikiawan2 muslim tempatan dalam pelbagai bidang. Ini menunjukkan pendekatan Islam Hadhari ini tidak akan terpesong daripada landasan sebenarnya kerana wujud pasukan khas yang ditugaskan memantau dan melaksana pendekatan Islam Hadhari ini. (rujuk http://www.islam.gov.my/islamhadhari/)

Pihak2 yang menentang dan mengharamkan pendekatan Islam Hadhari yang kononnya dikatakan sebagai mazhab baru yg ingin diperkenalkan oleh Pak Lah perlu sedar bahawa pendekatan ini bertujuan melindungi kesucian umat Islam. Islam Hadhari adalah usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadith. Jika difahami dengan teliti pendekatan Islam Hadhari ini, ianya sama sekali tidak memesongkan akidah umat Islam. Sebaliknya pendekatan ini lebih mengutamakan keseimbangan antara pembangunan dunia dan ukhrawi. Mereka tidak seharusnya terus menentang, sebaliknya berusaha membangunkan umat Islam seiring dengan pembangunan negara. Adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memperjelas tentang pendekatan Islam Hadhari kepada orang lain agar pendekatan ini tidak terus ditentang kerana ia sama sekali tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Fikir2 kan bersama.

0 comments:

Post a Comment

Back to Top