0

Mahathirisme dan PakLahrisme

Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan kebimbangannya mengenai kemungkinan berlaku kekacauan kaum dalam masyarakat majmuk di Malaysia, dan menuduh penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, gagal melaksanakan kuasanya. "Sekarang kita lihat kaum-kaum yang berlainan membuat tuntutan terhadap kerajaan, yang mereka anggap sebagai kerajaan yang lemah," katanya kepada pemberita di Tokyo semalam. Saya mengaku Tun banyak memberi sumbangan kepada Malaysia semasa zaman pemerintahan Tun. Sehingga Malaysia banyak dikagumi oleh negara2 lain kerana dasar2 dan sumbangan Tun pada negara selama 22 tahun.

Walaupun Malaysia baru 50 tahun merdeka, Malaysia sekarang mampu bersaing dengan negara2 maju yang lain. Ghana yang lebih awal merdeka sebelum Tanah Melayu belum mengecap kebahagiaan seperti yang dinikmati oleh rakyat Malaysia sekarang. Ini adalah sumbangan pemimpin2 terdahulu yang telah diterajui oleh 5 Perdana Menteri termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tapi, Tun tak sepatutnya membelakangi Perdana Menteri sekarang. Zaman Tun dah berlalu. Kini tiba zaman Pak Lah. Cara pemerintahan Tun jauh berbeza dengan pemerintahan sekarang. Tun mengamalkan pemerintahan autokratik. Pak Lah pula mengamalkan permintahan secara muzakarah. Jangan samakan kedua2 pemerintahan sama sekali. Tun lebih mengutamakan pembangunan moden semata2. Itulah sebab Tun mendapat gelaran Bapa Pemodenan. Pak Lah pula lebih mengutamakan pembangunan modal insan rakyat. Apa yang Tun tak buat dulu, Pak Lah nak buat sekarang. Berpijaklah di bumi yang nyata. Jangan duk membelakangi orang lain sehingga rakyat terabai. Tun sendiri yang menyatakan Melayu Mudah Lupa dan Melayu Haprak. Akhirnya sekarang semuanya berbalik pada Tun sendiri. Adakah Tun sudah lupa semua itu?

Berilah peluang kepada Pak Lah untuk mentadbir negara. Baru sepenggal Pak Lah memimpin negara. Tun berkata 'golongan ekstremis' di kalangan pelbagai kaum, telah mula menyuarakan penentangan mereka dan membuat tuntutan yang tidak adil terhadap kerajaan, dalam usaha untuk"memecah dan bukannya menyatukan (rakyat)".

Baru-baru ini, wujud kebimbangan mengenai langkah 'mengislamisasikan' Malaysia serta meningkatkannya polarisasi di kalangan tiga kaum utama di Malaysia.Kira-kira 60 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia terdiri daripada Melayu-Islam, diikuti oleh kaum Cina dan India yang sebahagian besarnya beragama Buddha, Hindu atau Kristian. Tun juga baru-baru ini keluar dari Umno dan menggesa ahli-ahli parti itu yang lain supaya mengikut jejak langkahnya, yang mengikut para penganalisa, boleh memecahkan parti itu dan menumbangkan kerajaan. Bagi mengatasi kelamahan (kerajaan), Tun dengan beraninya berkata Perdana Menteri perlu meletak jawatan. Tun Dr. Mahathir yang bersara pada 2003, dan memilih Pak Lah sebagai penggantinya.Tun tidak sepatutnya menuduh Perdana Menteri rmengamalkan rasuah, pilih kasih dan tidak cekap mentadbir negara.

Pesanan saya sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berpalimen, janganlah membelakangi pemimpin Malaysia sekarang. Sebaliknya, bantulah pemimpin2 kita sekarang bukan sahaja membantu negara mengecap pemodenan semata2, malah membantu negara membangunkan modal insan rakyat yang kian dipinggirkan.


0 comments:

Post a Comment

Back to Top