BIRO TATANEGARA ( BTN ) sejak penubuhannya pada tahun 1974, kini telah berkembang menjadi satu institut latihan kenegaraan yang menganjurkan Program2 Bina Negaranya dalam usaha untuk melahirkan anggota masyarakat yang patriotik, cinta pada negara dan bersatu padu supaya dapat menangani cabaran sebuah negara yang terus maju menjelang tahun 2020.
Penglibatan anggota masyarakat dalam siri program anjuran BTN ialah pelajar universiti, kakitangan kerajaan, pekerja swasta, pemimpin dan pemaju masyarakat dari pelbagai agensi, institusi pendidikan dan pertubuhan bukan kerajaan.
Ucapan setinggi2 penghargaan dan tahniah kepada Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri atas usaha menganjurkan Kursus Kenegaraan Mahasiswa Pelajar Luar Negara di Kem Bumi Jati, Seksyen 30, Shah Alam. Selama 5 hari kursus ini dijalankan, banyak manfaat diperoleh menerusi ceramah , aktiviti dan latihan dalam kursus yang diberikan kepada bakal pelajar luar negara. Peserta terdiri daripada para pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke New Zealand, Scotland dan Perancis.
0 comments:
Post a Comment