Showing posts with label cherita islam. Show all posts
Showing posts with label cherita islam. Show all posts
0

perhubungan yang HALAL dan HARAM

ASSALAMUALAIKUM.

bulan ramadhan tahun ini berbeza sedikit dari ramadhan pada tahun2 lepas. banyak perkara terjadi sepanjang bulan ramadhan ini walaupun ianya baru lapan hari. apa yang menariknya ramadhan tahun ini, ana terbuka hati untuk mengkaji sejauh mana perhubungan manusia sesama manusia terutamanya hubungan antara lelaki dan perempuan. banyak artikel sudah dibaca dan video telah ditonton untuk memahami dengan sebaik-sebaiknya apakah yang dimaksudkan perhubungan yang HALAL dan HARAM. perhubungan yang HARAM terjalin antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim adalah sama sekali haram di sisi syarak dan dikaitkan perhubungan atas hasil usaha syaitan yang direjam.

perhubungan yang HARAM sudah semestinya tidak akan mendapat keredhaan Allah dan ianya adalah semata-mata mengikut hawa nafsu dan bertentangan dengan hukum syarak. apa yang ana inginkan hanyalah hubungan yang HALAL yakni perhubungan antara lelaki dan perkahwinan yang diredhai Allah dan mengikut cara Islam. apa yang terlintas di fikiran adalah percintaan selepas perkahwinan kerana ia adalah satu-satunya cara untuk memperoleh perhubungan yang HALAL. kalau kita nak membandingkan antara perhubungan yang HALAL dan HARAM ini sudah tentu perhubungan yang HALAL lebih mendominasi kelebihan dan kenikmatan yang tidak dapat dikecap dari perhubungan yang HARAM antaranya adalah nikmat manis bercinta.

berikut adalah antara dalil2 yang berkaitan antara lelaki dan perempuan yang menjadi bukti tentang hukum hakam dalam Islam tentang persoalan ini.

Al-Hujrat(49) ayat 13:
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal."

Surah An-Nur(24) ayat 30:
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Surah Al-Israa(17) ayat 32:
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

Surah An-Nuur(24) ayat 26:
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)."

Surah Al-Araf ayat 201:
"Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Surah An-Naazi'aat ayat 40 dan 41:
"Adapun org yg takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan dirinya daripada hawa nafsunya, maka sesungguhnye syurgalah tempat diamnya."
0

Umrah.



Tertarik saya untuk menulis sebagai ulasan kepada satu tajuk yang keluar dalam akhbar Utusan Malaysia kelmarin, iaitu tajuk pada ruangan Kemusykilan Agama bersama Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah. Telah lama saya ingin berkomentar tentang perkara ini tetapi kini saya dapat hujjah lebih lagi melalui kemusykilan agama yang dijawab oleh Ustaz Farid Ravi ini.


Kemusykilan yang dikemukakan iaitu berkenaan dengan adanya orang yang berulang kali pergi mengerjakan umrah ke tanah suci. Sedangkan yang wajib hanyalah mengerjakan haji dan satu kali sahaja seumur hidup, dan umrah itu memadailah jika dikerjakan hanya sekali. Ustaz Farid Ravi juga telah mengemukakan pandangan dari Syeikh Dr Yusof Qardhawi seperti mana berikut.


Sebelum seseorang hamba Allah ingin melakukan sesuatu maka mestilah dia meletakkan asas syariah dan maqasidnya bagi kelakuannya. Ini amat perlu supaya mukallaf itu dapat menilai keperluan dan kawajaran melakukan sesuatu amalan, termasuklah memahami fiqh aulawiyyah (keutamaan).


Pertama : Sesungguhnya Allah tidak akan menerima ibadat sunat selagi mana tidak menunaikan ibadat wajib. Berdasarkan persoalan pertama ini maka barangsiapa menunaikan ibadat haji sunat dan ibadat umrah sunat sedang dia tidak mengeluarkan zakat padahal dia wajib mengeluarkannya maka kedua2 ibadat itu ditolak dan tidak diterima di sisi Allah S.w.t.


Ini kerana mereka yang dikurniakan Allah dengan limpahan rezeki yang banyak hendaklah terlebih dahulu membersihkan harta mereka sebelum harta itu digunakan untuk ibadat sunat.


karya: hikmatun
0

Lalat.


Terlebih dahulu dimaklumkan, gambar ini bukan diambil sendiri oleh saya hehe. Ini sekadar iklan, untuk menambah keyakinan bahawa dunia ini ada penciptanya. Bukannya seperti yang ditekadkan oleh para atheist dan mereka yang tidak beriman. Mari kita cuba perhatikan gambar di atas, iaitu gambar seekor lalat. Dan sebelum itu sila klik gambar itu untuk perbesarkan dan perhatikan matanya.

Pada matanya itu ada susunan bintik2 bulat, yang tersusun kemas. Semua itu adalah kaedah MATEMATIK sebenarnya. Maka cuba tanya diri anda, adakah semua itu terjadi dengan sendiri?

Adalah sangat mustahil dan tidak masuk akal sama sekali ianya terjadi dengan sendiri. Mesti ada yang menyusunnya dan mereka cipta senibina tubuh lalat tersebut. Kerana amat mustahil boleh terjadi dengan sendiri sesuatu yang tersusun sekata, sejajar, selari. Dan Pencipta itu ialah Tuhan kita iaitu Allah S.w.t Yang Maha Berkuasa lagi Maha Agung. Betapa Maha Seni dan Maha Halus ciptaan2Nya. Macam lalat ni, dah lah halus, dengan rekabentuk yang canggih (termasuk bulu-bulu dan warna-warna), pastu dapat bergerak dan terbang merata2, makan minum dan sebagainya pulak tu, ih ih ih. SubhanAllah.

Oleh itu wahai para Atheist, mereka2 yang tidak beriman dan tidak percaya bahawa dunia ini ada penciptanya, marilah sama2 kita renung kembali, fikir sedalam2nya, jangan ambil mudah dan mahukan kebebasan semata2, mari lah kita beriman kepada ALLAH S.w.t, demi kebahagiaan kita di dunia dan di akhirat. Yakinilah bahawa Allah itu ada, dan akan menghakimi kita di akhirat nanti dengan apa yang kita perbuat di atas dunia yang sementara ini. Maha suci Engkau ya Allah, tidak lah Engkau ciptakan semua ini sia-sia. Maha suci Engkau, jauhkanlah kami dari azab api neraka, amiin.

karya : himatun

0

Kajian Kristologi : Ramai orang2 Kristian dahulu yang menolak Trinity

Terlebih dahulu saya mahu menerangkan tentang apa itu jalan yang lurus? Jalan yang lurus dan benar adalah jalan yang dibawa oleh para nabi sejak dari zaman Nabi Adam lagi. Jalan yang lurus itu mengajak manusia supaya beriman kepada Allah S.w.t dengan sebenar2nya dan mengEsakanNya. Dan begitu banyak sekali usaha2 untuk menyelewengkan jalan yang lurus itu kerana manusia dihasut oleh iblis dan syaitan. Iblis dan kuncu2nya telah mengisytiharkan perang kepada anak Adam sehingga ke Hari Kiamat. Maka mereka sedaya upaya akan cuba menyesatkan anak Adam dari menjadi hamba Allah yang sebenarnya.

Maka di sini saya ingin menumpukan kepada usaha penyelewengan jalan yang LURUS ini oleh kaum Bani Israel yang menjadi umat nabi Isa a.s / Yesus. Jalan yang asalnya menyuruh menyembah ALlah, Tuhan yang Esa, tetapi telah dicampur adukkan dan di sesatkan dengan menambah agar menyembah dan mengangkat Yesus sebagai Tuhan. Dan akhirnya mewujudkan satu konsep keTuhanan yang baru iaitu Trinity (3 dalam 1).

Sebenarnya, ramai di kalangan Kristian peringkat awal dulu sendiri pun tidak bersetuju dan menentang konsep Trinity ini. Kumpulan2 seperti Ebonites, Corinthians, Basilidians, Capocratians, dan Hypisistarians tidak tahu-menahu pun tentang konsep Trinity ini. Manakala Arians, Paulicians dan Goths menerima Yesus sebagai seorang rasul sahaja dan menentang Trinity.

Dan bukan kumpulan2 itu dan Islam sahaja yang tidak bersetuju dengan Trinity, malah Yahudi juga amat tidak bersetuju dengan Trinity. Cuma sayangnya, Yahudi terlalu angkuh dan hanya menganggap kaum mereka sahaja yang mulia dan tidak menerima kerasulan Nabi Muhammad S.a.w hanya kerana Nabi Muhammad S.a.w bukan keturunan Bani Israel. Mereka tidak menerima hakikat tersebut kerana bagi mereka, rasul mestilah hanya dari keturunan Israel kerana semua rasul terkemudian sebelum itu berketurunan dari Israel / Nabi Yaakob.

Dan jangan terkejut, pada zaman moden ini pun ada gereja2 di Asia, Afrika, gereja Unitarian, Jehovah's witnesses dan majoriti paderi2 Anglikan juga dilaporkan tidak menerima konsep Trinity, tidak menyembah Yesus dan masih mengekalkan keEsaan Allah S.w.t. Dan Johannes Greber (1874), bekas paderi Roman Katolik dalam bukunya yang bertajuk, 'The Communication with the Spirit World of God' dalam muka surat 31 mengatakan , "As you see, the doctrine of a triune Godhead is not only contrary to common sense, but is entirely unsupported by the Scriptures". Dia juga mengatakan bahawa idea Trinity itu langsung tidak mendapat sokongan dari kitab Bible sendiri.

Dan yang pasti lagi, umat Kristian awal dulu iaitu pada abad ke 2 mengalami pertelingkahan dan selisih faham mengenai siapa Yesus yang sebenarnya dan adakah dia betul2 mati di tiang salib? Saya tegaskan sekali lagi, perselisihan faham tentang Yesus di salib itu adalah di kalangan orang2 Kristian sendiri bukannya orang2 Islam atau orang2 agama lain. Kerana apa? Kerana TIADA BUKTI yang kukuh yang boleh menyatakan bahawa Yesus telah mati di tiang salib. Ini lah yang harus difikirkan kembali oleh orang2 Kristian sekarang dan sebaiknya tidak hanya mengikut secara membuta tuli ajaran pihak gereja.

Beberapa manuskrip dari kitab Wahyu dalam Perjanjian Baru telah di BAN. Untuk mengetahui secara lanjut tentang usaha BAN itu, sila ikuti History Channel di bawah tajuk Banned from the Bible. Mengapa ia di Ban? Sedangkan mengikut kepercayaan Kristian, kitab Wahyu adalah kandungan wahyu dari Tuhan kepada Petrus? Dan mengikut kajian sejarah itu, bahagian yang di BAN itu mengatakan bahawa Yesus tidak disalib. Dan ini menguatkan hujjah dari Islam yang mana rancangan History Channel itu memberikan bukti2 dari beberapa cabang Kristian sendiri.

Usaha MengeBAN itu mula dilakukan dalam persidangan2 gereja yang mana telah dimulakan oleh Raja Konstantin iaitu raja Rome pertama yang menganut Kristian. Berikut disenaraikan tentang 7 persidangan gereja yang pertama;

Tempoh daripada Persidangan Nicea Pertama (325) hingga Persidangan Nicea Kedua (787) dinamakan sebagai tempoh Tujuh Persidangan Gereja.

1. Persidangan Nicea Pertama (325); tidak mengakui Arianisme dan Quartodecimanisme, menerima pakai Pengakuan Iman Nicea yang asal. Persidangan ini dan semua persidangan berikutnya tidak diiktiraf oleh gereja-gereja bukan triniti-Arianisme, Unitari, Mormon, dan Jehovah's Witnesses. Hasil dari persidangan ini maka lahirlah Pengakuan Iman Nicea atau Nicene Creed .

Dalam persidangan ini hal utama yang dibincangkan adalah ajaran seorang pemimpin gereja dari Iskandariah, Mesir, bernama Arius yang mengajarkan bahawa Yesus bukannya Tuhan, tetapi adalah makhlukNya. Menurut Arius, Yesus adalah pesuruh Tuhan yang penting tetapi juga manusia seperti yang lain. Persidangan Nicea telah menolak ajaran Arius dan menganggapnya sebagai terseleweng dari ajaran Kristian yang benar. Para pemimpin gereja yang hadir dalam persidangan tersebut menegaskan kebenaran kitab Alkitab bahawa Yesus adalah Tuhan, sehakikat dengan Yahweh Bapa.

2. Persidangan Constantinople Pertama (381); menyemak kembali Pengakuan Iman Nicea kepada bentuk yang digunakan sekarang di gereja-gereja Timur dan Ortodoks Orient dan melarang sebarang pindaan lanjut Pengakuan Iman tersebut tanpa persetujuan persidangan gereja.

3. Persidangan Ephesus Pertama (431); tidak mengakui Nestorianisme, mengisytiharkan Maryam Perawan sebagai Theotokos(bahasa Yunani Η Θεοτόκος, "Pembawa Tuhan" atau lebih umum lagi "Ibu Tuhan").

4. Catatan: Lihat Persidangan Gereja Keempat untuk mengetahui perbezaan dalam membuat penomboran bagi persidangan ini dan persidangan berikutnya.

Persidangan Ephesus Kedua (449); menolak Nestorianisme. Pope Dioscorus mendapati Eutyches menjadi penganut Ortodoks. Dioscorus, bagaimana pun, mengisytiharkan kutukan terhadap Eutyches tidak lama selepas Persidangan Chalcedon. Persidangan ini tidak diiktiraf oleh golongan Chalcedon (golongan Katolik dan Ortodoks Byzantine).

Persidangan Chalcedon (451); tidak mengakui doktrin monophysitisme ajaran Eutyches yang menggambarkan dan menggariskan dua zat al-Masihsebagai manusia dan tuhan; menerima pakai Pengakuan Iman Chalcedon. Bagi mereka yang menerimanya, ia adalah Persidangan Gereja Keempat (menamakan persidangan sebelumnya yang ditolak oleh persidangan ini sebagai "Synod Perompak"). Persidangan ini dan semua persidangan berikutnya tidak diiktiraf oleh Kommunion Ortodoks Orient. Persidangan ini tidak diterima oleh golongan Katolik sehinggalah Persidangan Lyon Kedua (1274).

5. Persidangan Constantinople Kedua (553); mengesahkan keputusan-keputusan dan doktrin-doktrin yang dihuraikan oleh persidangan-persidangan sebelumnya, mengutuk tulisan-tulisan pengikut baru Arius, Nestor dan Monofisit, mendekrikan Theopaschite Formula.

6. Persidangan Constantinople Ketiga (680-681; tidak mengakui Monothelitisme,mengesahkan bahawa al Masih mempunyai kehendak kemanusiaan dan ketuhanan.

Persidangan Quinisext (= Kelima dan Keenam) atau Persidangan di Trullo (692); lebih kepada persidangan pentadbiran yang mengangkat beberapa hukum gereja tempatan ke status gereja, menubuhkan prinsip-prinsip disiplin pendeta, dan menumpukan kanun Bible. Ia tidak dianggap sebagai satu persidangan dapat berdiri penuh di atas haknya sendiri kerana ia tidak memutuskan permasalahan doktrin. Persidangan ini diterima oleh Gereja Ortodoks Timur sebagai sebahagian daripada Persidangan Constantinople Ketiga, tetapi ditolak oleh golongan Katolik Rom.

7. Persidangan Nicea Kedua (787); pengembalian penghormatan terhadap ikon dan penamat ikonoklasme. Ia ditolak oleh beberapa mazhab Protestan yang sebaliknya lebih mengutamakan Persidangan Hieria (754) yang juga menggambarkan dirinya sebagai Persidangan Gereja Ketujuh dan telah mengutuk penghormatan terhadap ikon.

Daripada persidangan2 di atas, dapat kita simpulkan bahawa Raja Konstantin merupakan antara orang yang bertanggung jawab dalam mengangkat Yesus sebagai Tuhan, sesuai dengan ajaran dari Paulus. Pada asalnya tiap2 gereja dalam Kristian mempunyai doktrin dan kitab yang berlainan, tetapi mula disatukan oleh Konstantin melalui persidangan2 yang tersebut di atas.

Di bawah ini adalah terjemahan dari Pengakuan Iman Nicea;

Kami percaya kepada Yahweh, Bapa yang Maha Kuasa,
Pencipta langit dan bumi serta segala sesuatu yang ada di dalamnya
Dan kepada satu Tuhan Yesus Kristus, Anak tunggal Yahweh,
dilahirkan dari Bapa sebelum segala ciptaan; Cahaya dari cahaya
Tuhan sejati; dilahir, bukan dicipta, sehakikat dengan Bapa
dan daripadaNya segala sesuatu diciptakan.
Untuk kita dan keselamatan kita, Dia turun dari syurga,
menjelma semula dengan kuasa Roh Kudus
dilahirkan menerusi Sang Dara Maria dan menjadi manusia
Kerana kita Dia disalibkan oleh Pontius Pilatus
menderita dan dikuburkan
Dan menurut Alkitab bangkit semula pada hari ketiga
Dan naik ke syurga dan kini duduk di sebelah kanan Yahweh Bapa
Dia akan kembali dalam kemuliaan, untuk menghakimi yang hidup dan yang mati
dan kerajaanNya akan kekal selama-selamanya:
Kami percaya kepada Roh Kudus, Tuhan dan Sumber Kehidupan
yang timbul dari Yahweh Bapa
Bersama Yahweh Bapa dan Anak, disembah dan dimuliakan.
Dia telah bersabda menerusi Rasul-rasulNya
Kami percaya kepada gereja yang kudus, esa dan am
Kami percaya kepada baptisan sebagai tanda penebusan dosa,
Kami menantikan hari di mana yang mati akan bangkit semula
dan kehidupan yang kekal sesudahnya.
Amin.

Maka telah jelas kepada kita betapa iman Kristian berkenaan Yesus itu Tuhan dan konsep Trinity adalah suatu penyelewengan yang berlaku di zaman pemerintahan Konstantin. Dan penyelewengan2 tersebut berlaku di atas dasar ajaran dari Paulus. Maka saya menyeru kepada kaum Kristian yang membaca tulisan ini, agar kembali lah ke pangkal jalan. Jangan lah mengatakan Yesus itu anak Tuhan atau salah satu dari Tuhan atau Tuhan 3 dalam 1. Kerana Yesus hanya lah seorang Rasul / Utusan dari Allah seperti mana juga rasul2 lain. Dan akui lah kerasulan Nabi Muhammad S.a.w serta terima lah ajarannya. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Esa. Wallahu a'lam :)


Rujukan :

1 - Wikipedia

2 - History Channel

3 - http://answering-christianity.com


artikel oleh hikmatun



0

Hikmah Puasa.

Kajian sains dan ilmu moden berkenaan kelebihan puasa

Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun2 dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit. Menurut Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika, “Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” Banyak kejayaan beliau mengubati pesakit2nya dengan menganjurkan mereka agar berpuasa sebagai alternatif kepada ubat2 moden. Dan puasa bukan sahaja dapat menjaga kesihatan dan melawan penyakit bahkan dapat juga menajamkan minda kita.

Dalam ilmu biologi, ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, otak tidak dapat berfungsi dengan baik. Ini kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Sebab itulah apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.

Sedangkan dunia perubatan pula telah mengenal pasti pelbagai punca penyakit yang dialami masyarakat dunia masa kini dan antara penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini menurut Pertubuhan Kesihatan SeDunia ialah disebabkan sindrom metabolik. Sindrom ini meliputi 4 masalah iaitu: (1) glukos darah tinggi (2) Tekanan darah tinggi (3) Lipid darah tinggi dan (4) lebih berat badan atau obesiti. Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia kini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita simpulkan bahawa berpuasa adalah sangat bersesuaian untuk mencegah penyakit sindrom metabolik yang melanda dunia masa kini.

Al-Harits seorang doktor Arab mengatakan :“Yang banyak membunuh manusia adalah kerana manusia suka memasukkan makanan pada perut sebelum makanan dalam perut dicerna.”

Dr. Alexis Carel seorang doktor antarabangsa dan pernah memperolehi penghargaan nobel dalam bidang kedoktoran telah menyatakan bahawa dengan berpuasa dapat membersihkan pernafasan.

Puasa dapat manambahkan kesegaran dan kesihatan pada tubuh, kerana perut yang sentiasa bekerja memproses makanan juga perlu berhenti bekerja buat sementara waktu. Dan ketika berpuasa itu lah perut kita berehat dan mendapat kesegaran semula untuk bekerja kemudiannya. Sama juga ibaratnya seperti enjin kereta yang mungkin tidak tahan lama jika dipaksa untuk sentiasa berjalan tanpa henti.

Saranan Rasulullah S.a.w , sahabat dan ulamak berkenaan puasa

Menahan lapar di bulan puasa ataupun diluar bulan puasa mengandungi faedah dan manfaat yang sangat besar untuk kesihatan badan dan kesihatan hati manusia. Hal ini sudah diterangkan oleh Rasulullah S.a.w dan telah dicontohkan oleh baginda dan keluarganya;

Rasulullah S.A.W bersabda ; yang ertinya, “Berpuasalah supaya kamu sihat.” Hadith Riwayat Abu Naiim

Sabdanya lagi yang bermaksud, “Puasa adalah pelindung”. Hadith Riwayat Muslim, Ahmad, dan an-Nasa`

Sayyidatina Aisyah rodhiyallohu anha berkata :

مَا شَبِعَ آلُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ خُبْزِ شَعِيرٍ يَوْمَيْنِ مُتَتَابِعَيْنِ حَتَّى قُبِضَ

“Keluarga Muhammad tidak pernah kenyang walaupun dengan roti gandum dua hari berturut-turut sampai beliau wafat.” (Muttafaqun alaihi)

Nabi S.a.w bersabda :

أَكْثَرَهُمْ شِبَعًا فِي الدُّنْيَا أَطْوَلُهُمْ جُوعًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Orang yang paling banyak kenyang di dunia adalah yang paling lama lapar di akhirat.” Hadith Riwayat Al-Bazzar

Al-Imam Ath-Thabrani juga meriwayatkan dengan sanad hasan yang bermaksud;

“Orang yang banyak kenyang di dunia mereka adalah orang yang banyak lapar di akhirat.”

Al-Imam Al-Baihaqi meriwayatkan : ‘Dunia adalah penjaranya orang mukmin dan syurganya orang kafir.”

Al-Imam Muslim juga meriwayatkan hadits dari Rasulullah bahawa baginda bersabda :

خَيْرٌ القُرُوْنِ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ يَأْتِيْ قَوْمٌ يَشْهَدُوْنَ وَلاَيَسْتَشْهَدُوْنَ وَيَنْذُرُوْنَ وَلاَ يُوْقُوْنَ وَيَظْهَرُوْنَ فِيْهِمُ السِّمَنُ

“Sebaik-baik generasi adalah generasiku, kemudian generasi berikutnya kemudian berikutnya. Kemudian akan datang suatu kaum mereka memberikan persaksian padahal tidak diminta persaksiannya. Mereka banyak bernadzar tetapi tidak menunaikannya. Dan banyak di kalangan mereka orang-orang gemuk/ gendut.”

Al-Imam Thabrani dan Ibnu Abi Dunya meriwayatkan hadits :“Akan terjadi pada ummatku seseorang memakan semua jenis makanan, meminum semua jenis minuman, memakai semua jenis pakaian dan banyak berbicara. Maka mereka itulah paling buruknya ummatku.”

Al-Imam At-Tirmidzi rahimahullah meriwayatkan hadits :

مَا مَلَأَ آدَمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ بِحَسْبِ ابْنِ آدَمَ أُكُلَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ فَإِنْ كَانَ لَا مَحَالَةَ فَثُلُثٌ لِطَعَامِهِ وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَفَسِهِ

“ Tidaklah Bani Adam memenuhi kantung yang lebih buruk dari perutnya, hendaknya Bani Adam makan sekadar menegakkan punggungnya, jika tidak dapat tidak (terpaksa) maka makanlah sepertiga makanan sepertiga untuk minuman dan sepertiga untuk nafasnya.” (HR. Imam Tirmidzi)

Setelah membawakan sebahagian hadits-hadits di atas, Al-Imam Ash-shon’ani rahimahullah berkata :“Hadits ini menunjukkan atas tercelanya banyak makan dan kenyang kerana menimbulkan berbagai penyakit dan memberatkan seseorang untuk melaksanakan hukum syar’i/ ibadah.”

Manfaat lapar untuk kesihatan hati

Adapun manfaat lapar untuk kesihatan hati, para ulama telah menerangkannya : Luqman Al-Hakim menasihati anaknya, “Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah.”

Abdullah bin Mas’ud berkata, “Empat perkara yang mengelapkan hati atau melembapkan otak : perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan orang yang suka membuat maksiat, tidak insaf terhadap dosa-dosa yang lalu dan panjang angan-angan.”

Berkata Dzunnun ‘ailaihissalam :“Saya tidak pernah kenyang kecuali saya berbuat maksiat atau berkeinginan untuk bermaksiat”.

Berkata ‘Aisyah radiyallahu ‘anha:“Bid’ah pertama yang terjadi setelah Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam adalah kenyang sesungguhnya suatu kaum ketika kenyang perutnya keras nafsunya untuk mendapatkan dunia”

Berkata al Imam ash Shan’ani rahimahullah :“Sesungguhnya lapar itu adalah penjaga dari penjagaan Allah dan pertama yang terhindar dengan lapar adalah dorongan syahwat jima’ dan syahwat berbicara kerana bagi orang yang lapar tidak ada keinginan untuk berbicara kecuali sangat penting sehingga dia terhindar dari berbagai penyakit lisan, pada orang yang lapar juga tidak bangkit padanya syahwat jima’nya sehingga terhindar dari penyaluran syahwat yang diharamkan, orang lapar juga sedikit tidur kerana orang yang banyak makan dan minum akan banyak tidur yang dapat membawa kepada kerugian di dunia dan akhiratnya, terluput dari berbagai kemanfataan duniawi dan ukhrowi”.

Berkata Al-Imam Ibnu Rajab rahimahullah :“Lapar itu menyebabkan lembutnya hati, kuatnya pemahaman, lembutnya jiwa, lemahnya nafsu dan kemarahan. Sedangkan kenyang menyebabkan lawannya.”

Berkata Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah :“Wahai Bani Adam, makanlah sepertiga perutmu, minumlah sepertiga perutmu dan biarkan sepertiga untuk bernafas dan berfikir.”

Ibnu Abi Dunya meriwayatkan bahawa Ibnu Umar berkata :“Aku tidak pernah kenyang sejak aku masuk Islam.”

Diriwayatkan dari Amir bin Qois , bahawa dia berkata :“Jauhilah oleh kalian kenyang, kerana kenyang itu mengeraskan hati.”

Telah berkata Malik bin Dinar rahimahullah :“Tidak semestinya, seorang mukmin menjadikan perutnya paling besar cita-citanya dan menjadikan syahwatnya menguasai dirinya.”

Berkata Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah :“Adalah bapa kita Adam diuji dengan makan, dan terus kalian akan diuji dengan makan sampai hari kiamat.”

Beliau juga berkata :“Barangsiapa mampu menguasai perutnya maka dia akan mampu menguasai amal sholehnya.”

Beliau berkata lagi :“Tidaklah hikmah itu berada di perut yang penuh.”

Diriwayatkan dari Abdul Aziz bin Abi Dawud bahawa telah dikatakan padanya :“Lapar itu banyak menolong seseorang bersegera melakukan kebaikan.”

Berkata Abu Imran Al-Juwaini :“Sesungguhnya nafsu, jika lapar dan haus maka bersih hati dan lembut dan jika perut kenyang dan lega maka hatinya buta.”

Beliau berkata :“Kunci dunia adalah kenyang dan kunci akhirat adalah lapar, dan pangkal segala kebaikan dunia dan akhirat adalah takut kepada Allah. Sesungguhnya Allah memberikan dunia ini kepada orang yang dicintai dan yang tidak, dan sesungguhnya lapar itu di sisi Allah ada simpanan yang ditunda dan tidak diberikan kecuali kepada orang yang dicintai-Nya.”

Berkata Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah :“Saya tidak pernah kenyang selama 16 tahun, kerana kenyang itu memberatkan badan, menghilangkan kecerdasan, membuat banyak tidur dan melemahkan seseorang untuk melakukan ibadah.”

“Bukanlah puasa itu hanya sekadar menghentikan makan dan minum tetapi puasa itu ialah menghentikan omong-omong kosong dan kata-kata kotor.”
(H.R.Ibnu Khuzaimah)

Demikian kehidupan Rasulullah dan para shahabat. Beliau dan para shahabatnya lebih memilih banyak lapar dari pada kenyang kerana kefahamannya terhadap faedah lapar dan bahaya kenyang, lebih memilih mengekang syahwatnya daripada menurut syahwat, dan bukannya pada mereka tidak ada makanan tetapi beliau lebih memilih keadaan yang lebih baik dan lebih sempurna daripada lawannya. Mereka makan dan minum sekadar dapat melaksanakan ibadah, kerana hanya untuk itu (untuk beribadah) diciptakannya jin dan manusia.

Seringnya Rasulullah makan tiga hari sekali sampai wafat bukan makan sehari tiga kali seperti budaya kita.

Rahsia-rahsia puasa dan syarat-syarat kebatinannya menurut Imam AlGhazali

Semua ada enam iaitu:

1. Memejamkan mata dan menahannya dari meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh menganggu hati, seperti melalaikannya dari berzikir dan mengingat kepada Allah.

2. Memelihara lidah dari bersembang kosong, berbohong, mencaci maki, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan riya’.

3. Memelihara pendengaran dari mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah Allah s.w.t telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firmanNya yang bermaksud: “Mereka itu suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram.” (al-Maidah: 42)

4. Memelihara seluruh anggota yang lain dari membuat dosa seperti tangan dan kaki dan memeliharanya juga dari segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut dari memakan barang-barang yang bersyubhat waktu berbuka puasa. Apalah gunanya berpuasa dari makanan yang halal, kemudian dia berbuka pula, dia memakan makanan yang haram. Orang berpuasa seperti ini, samalah seperti orang yang membangunkan sebuah istana yang indah, kemudian dia menghancurkan sebuah kota. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala).”

Ada yang mengatakan bahawa orang itu adalah orang yang berbuka puasanya dengan makanan yang haram. Yang lain pula mengatakan orang itu ialah orang yang menahan dirinya berpuasa dari makanan yang halal, lalu ia berbuka dengan memakan daging manusia; iaitu mencaci maki orang kerana yang demikian itu adalah haram hukumnya. Ada yang mengertikannya dengan orang yang tiada memelihara anggota-anggotanya dari dosa.

5. Janganlah dia membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun dari makanan yang halal, sehingga terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dari makanan yang halal. Cubalah renungkan, bagaimanakah dapat menentang musuh Allah (syaitan) dan melawan syahwat kiranya apa yang dilakukan oleh orang yang berpuasa waktu berbuka itu, ialah mengisikan perut yang kosong itu dengan berbagai makanan semata-mata kerana dia tidak mengisikannya di waktu siang tadi. Kadangkala makanan-makanan yang disediakan itu berbagai-bagai rencamnya sehingga menjadi semacam adat pula kemudiannya. Akhirnya dikumpulkanlah bermacam ragam makanan untuk persediaan menyambut Ramadhan, dan dihidangkan pula dalam satu bulan itu bermacam-macam makanan yang tidak pernah dihidangkan dalam bulan-bulan sebelumnya.

Sebagaimana yang termaklum bahawa maksud puasa itu adalah menahan selera dan mengekang nafsu, agar diri menjadi kuat untuk taat dan bertaqwa kepada Allah. Tetapi kalaulah hanya sekadar mengekang perut di siang hari hingga ke masa berbuka, lalu membiarkan syahwat berlonjak-lonjak dengan kemahuannya kepada makanan, dan dihidangkan pula dengan berbagai-bagai makanan yang lazat-lazat, sehingga perut kekenyangan, tentulah perut akan bertambah keinginannya kepada makanan-makanan itu. Malah akan timbul syahwat pula keinginan yang baru, yang kalau tidak dibiasakan sebelumnya mungkin ia tetap pada kebiasaannya. Semua ini adalah bertentangan dengan maksud dan tujuan puasa yang sebenarnya. Sebab hakikat puasa dan rahsianya adalah untuk melemahkan kemahuan dan keinginan, yang digunakan oleh syaitan sebagai cara-cara yang menarik manusia kepada berbagai kejahatan. Padahal kemahuan dan keinginan ini tidak dapat ditentang, melainkan dengan mengurangkan syahwat. Barangsiapa yang menjadikan di antara hatinya dan dadanya tempat untuk dipenuhi dengan makanan, maka ia terlindung dari kerajaan langit.

6. Hendaklah hatinya merasa bimbang antara takut dan harap kerana ia tiada mengetahui apakah amalan puasanya itu diterima oleh Allah, sehingga tergolongnya ia ke dalam puak muqarrabin (hampir kepada Allah) ataupun puasanya tertolak maka terkiralah ia ke dalam golongan orang yang terjauh dari rahmat Allah Ta’ala. Perasaan seumpama ini seharusnya sentiasa ada pada diri seseorang, setiap kali selesai melakukan sesuatu ibadat kepada Allah Ta’ala.

artikel oleh hikmatun

0

Protokol Zionis Yahudi

Protokol Yahudi telah dibawa ke pengetahuan umum pada tahun 1901M, apaila seorang wanita perancis telah mencuri naskhah protokol ini daripada seorang pemimpin tertinggi Freemasonary. Wanita tersebut telah mencurinya diakhir muktamar rahsia (Jewish Masonic Conspiracy) yang diadakan di Perancis. Di dalam naskhah asalnya tidak digunakan kalimah "Yahudi" kecuali di dalam dua tempat sahaja. Ianya hanya menggunakan perkataan "Kita" dan "Orang bukan Yahudi". Protokol-protokol ini telah diterjemahkan ke bahasa Arab oleh Ust Mohd Khalifah Attunisi. Di bawah tajuk "Protokol Hukama Sohyuni"

Protokol 1 :Cara memerintah yang sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan bukan dengan perbincangan ilmiah. Hak itu terletak kepada kekuatan. Sesungguhnya politik tidak sesuai dengan akhlak. Pemerintah yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Mereka yang ingin memerintah mestilah pandai menggunakan tipu helah dan matlamat yang menghalalkan cara. Minuman keras harus digunakan untuk mencapai tujuan itu.

Protokol 2 : Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa Yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kedudukan Yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu sendiri memerintah negaranya tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman Yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negeri terdiri daripada oramg-orang yang berjiwa budak, yang mudah diarah untuk kepentingan Yahudi. Melalui akhbar, Yahudi mengerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan mendapatkan emas, meskipun dari lautan darah dan air mata. Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap yang bernyawa di kalangan Yahudi berharga 1,000 orang bukan Yahudi.

Protokol 3 : Yahudi akan menjadikan negara bukan Yahudi , sebagai gelanggang pertelagahan manusia yang boleh membawa huru-hara dan seterusnya kemerosotan ekonomi. Yahudi akan berlagak sebagai penyelamat dengan mempelawa memasuki PASUKAN KITA iaitu sosialis, komunis dan lain-lain yang dapat memberi ruang kepada Yahudi untuk menguasai bangsa bukan Yahudi. Dalam alam fikiran Yahudi wajib ditanam perasaan bahawa semua haiwan (bangsa bukan Yahudi) tidur nyenyak apabila kenyang dengan darah. Ketika itu senanglah bagi yahudi memperhambakan mereka.

Protokol 4 : Bangsa Yahudi mestilah menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis dari hati orang bukan Yahudi prinsip ketuhanan dan menggantikannya dengan perkiraan ilmu hisab serta lain-lain keperluan kebendaan. Fikiran orang bukan Yahudi mestilah dialih ke arah memikirkan soal perdagangan dan perusahaan supaya mereka tidak ada masa untuk memikirkan musuh-musuh mereka. Akhirnya seluruh kepentingan akan jatuh ke tangan Yahudi.

Protokol 5 : Kalau muncul orang-orang yang bijaksana dari kalangan bukan Yahudi, mereka tidak akan dapat mengatasi bangsa Yahudi. Ilmu sains, politik dan ekonomi rekaan orang Yahudi yang bijak memberi taraf yang tinggi kepada modal. Untuk menjamin public oponion kepada Yahudi, bangsa Yahudi mestilah membingungkan mereka dengan memberikan pelbagai pendapat yang saling bertentangan. Akhirnya mereka mengambil keputusan tidak mencampuri urusan politik kerana politik hanya difahami oleh orang-orang yang memimpin rakyat sahaja. Inilah rahsia yang pertama.

Protokol-protokol Zionis antarabangsa: Untuk memusnahkan perusahaan bangsa bukan Yahudi, ialah dengan cara merosakkan sumber pengeluaran dengan memupuk tabiat berbuat kejahatan dan meminum minuman keras di kalangan pekerja, serta mengambil langkah menghapuskan orang-orang terpelajar di kalangan bangsa bukan Yahudi. Semua bangsa yang bukan Yahudi mesti dipatuhkan menduduki martabat kaum buruh yang melarat.

Protokol 7 : Orang-orang Yahudi wajib menaburkan fitnah supaya timbul kekacauan, pertelagahan dan permusuhan di kalangan manusia. Bila timbul penentangan terhadap bangsa Yahudi, maka wajiblah orang-orang Yahudi menyambutnya dengan peperangan secara total di seluruh dunia .

Protokol 8 : Pemerintah Yahudi akan dikelilingi oleh segolongan ahli-ahli bank, jutawan dan usahawan.

Protokol 9 : Yahudi akan mendirikan KERAJAAN DIKTATOR dengan membuat dan melaksanakan undang-undang yang tegas , iaitu undang-undang yang akan membunuh tanpa pengampunan. Yahudi akan merosakkan moral pemuda-pemuda bukan Yahudi dengan menanamkan teori-teori palsu dan ilmu-ilmu yang batil.

Protokol 10 : Yahudi akan membawa masuk racun liberisme ke dalam negara-negara bukan Yahudi supaya menggugat kestabilan politik. Pilihanraya diatur supaya boleh memberi kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang dapat bertugas sebagai agen Yahudi dalam melaksanakan rancangan-rancangan Yahudi.

Protokol 11 : Bangsa Yahudi menyifatkan diri mereka sebagai SERIGALA dan bangsa lain sebagai KAMBING. Bagi mereka, Yahudi merupakan bangsa yang terpilih dan mereka bercerai-berai di atas muka bumi ini sebagai satu rahmat. Cerai-berai yang nampak sebagai satu kelemahan, tetapi mencerminkan kekuatan yang dapat membawa bangsa itu ke pintu kekuasaan di seluruh dunia.

Protokol 12 : Yahudi akan mengubah pengertian tentang KEBEBASAN atau KEMERDEKAAN dengan mentafsirkan istilah itu sebagai mengamalkan apa-apa yang diperkenalkan atau diberikan oleh undang-undang. Kalau bangsa bukan Yahudi diberi permit menerbitkan 10 akhbar atau majalah, maka bangsa Yahudi mesti menerbitkan 30 akhbar atau majalah. Ia penting supaya menjadi alat untuk mengubah fikiran rakyat.

Protokol 13 : Untuk melengkapi usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan kaum industrialis dari kalangan bukan Yahudi, di samping terus mendorong adanya spekulasi itu, maka bangsa Yahudi menyebarkan projek-projek kemewahan, badan pertunjukan di kalangan bukan Yahudi kerana semuanya ini akan menelan kekayaan mereka. Untuk mengalihkan perhatian orang-orang bukan Yahudi dari memikirkan persoalan politik, maka agen-agen Yahudi hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga (sukan), pesta-pesta, pertandingan-pertandingan kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi.

Protokol 14 : Para filosuf mestilah membincangkan kekurangan-kekurangan serta mendedahkan keburukan agama-agama lain. Para penulis Yahudi harus menonjolkan tulisan-tulisan pornografi (lucah) iaitu mengadakan sastera yang tidak bermakna, kotor dan keji.

Protokol 15 : Bila mendapat kekuasaan, bangsa Yahudi akan membunuh tanpa belas-kasihan terhadap setiap orang yang menentangnya. Setiap pertubuhan yang merancang untuk menentangnya mestilah dibubarkan dan ahli-ahlinya dibuang negeri. Oleh itu mesti didirikan sebanyak-banyaknya FREMASONIC LODGE iaitu tempat-tempat pertemuan rahsia orang-orang Yahudi.

Protokol 16 : Yahudi akan membangunkan universiti mengikut rancangan yang tersusun. Pensyarah-pensyarah akan mendidik dan membina para pemuda supaya menjadi manusia yang patuh kepada pihak berkuasa (Yahudi) .Bagaimanapun, ajaran mengenai undang-undang negeri dan politik tidak diajar kecuali beberapa orang sahaja yang dipilih kerana kebolehan mereka.

Protokol 17 : Yahudi meletakkan kehakiman dalam bidang yang sempit dan terhad. Perguaman akan melahirkan orang-orang yang kejam dan tidak berperikemanusiaan . Ia mempunyai tabiat untuk mencapai kemenangan bagi orang yang dibelanya, walaupun terpaksa menghancurkan semangat keadilan dan mengorbankan kebajikan masyarakat.

Protokol 18 : The King of Jew akan dikawal oleh pengawal-pengawal rahsia, kerana orang-orang Yahudi tidak akan membuka pintu kepada kemungkinan adanya kegiatan-kegiatan untuk menentang Yahudi.

Protokol 19 : Bangsa Yahudi akan membicarakan orang-orang yang melakukan kesalahan politik sama seperti orang yang membunuh dan lain-lain kesalahan yang hina. Orang ramai akan memandang kesalahan-kesalahan politik itu sebagai kesalahan yang hina dan berasa benci kepada mereka yang melakukannya.

Protokol 20 : Bank Yahudi International akan memberi pinjaman kepada bangsa yang bukan Yahudi dengan kadar bunga yang tinggi. Pinjaman yang sedemikian merupakan lintah yang melekat pada badan. Bank Yahudi akan membiarkan lebih banyak lintah yang melekat hingga akhirnya mereka mati kerana kehilangan darah yang terlalu banyak. Ekonomi akan lumpuh bila hutang melekat.

Protokol 21 : Yahudi menggantikan pasaran wang institusi hutang kerajaan di mana tujuannya untuk meletakkan nilai perusahaan mengikut pendapatan kerajaan. Institusi ini akan dapat menawarkan kepada pasaran 500 sijil pinjaman perusahaan dalam sehari atau memberi sebanyak itu juga. Dengan cara inilah perusahaan akan bergantung kepada Yahudi.

Protokol 22 : Untuk mencapai tujuan yang baik, kadang-kadang kekerasan terpaksa digunakan. Kekuasaan bagi Yahudi kerana BERKUASA PENUH dalam rangka meletakkan dunia di bawah pemerintahannya. Di tangan Yahudilah terletak pusat kekuasaan yang paling besar.

Protokol 23 : Orang Yahudi wajib melatih seluruh umat manusia dalam meninggikan rasa segan dan malu agar mereka terbiasa dengan sifat patuh dan setia iaitu setia pada Yahudi.

Protokol 24 : Kerajaan tidak boleh diserahkan kepada mereka yang tidak tahu selok-belok pemerintahan. Hanya mereka yang boleh menunjukkan sifat keras, kejam dan boleh memerintah dengan tegas akan menerima teraju kerajaan daripada pemimpin-pemimpin kita (Yahudi ).


0

Halal dan Haram

0

Dialog Muslim dengan Atheist.

Terjemahan dalam Bahasa Melayu

Agama dan Saintis (Dalam Bahasa Malaysia)

Mereka berada dalam penerbangan (kapal terbang) dari Cape Town ke Durban, duduk sebelah menyebelah, dua orang lelaki dari dua dunia yang berlainan, berikut adalah perbualan mereka …….

Bob : Saya tidak percayakan Tuhan, tetapi mengakui Sains dan Teknologi, sesuatu yang kamu dapat lihat dan rasa, tetapi jika kamu dapat buktikan pada aku secara saintifik bahawa Tuhan itu wujud, maka saya akan mempertimbangkan pemikiran itu.

Yunus : Ok, anda memang begitu berminat dengan teknologi, sila jawab soalan ini. Berkenaan dengan mesin-mesin canggih dan alat elektronik , siapa yang akan lebih mengetahui tentang mekanisma dan fungsinya?

Bob : Mungkin orang yang mencipta dan mengilangkan mesin itu.

Yunus : Bolehkah kita bersetuju bahawa pembuat atau pencipta mesin itu yang semestinya tahu segalanya yang patut diketahui tentang produk itu?

Bob : Mengapa pula tidak, ianya berbunyi munasabah.

Yunus : Dengan berilmu tentang perkara ini, soalan seterusnya yang saya nak tanya ialah , bagaimana alam dan dunia ini menjadi wujud?

Bob : Menurut kajian saintifik terkini, seluruh alam ini adalah jisim yang sangat besar, dimana saintis memanggilnya Nebula utama, mereka memberitahu kita bahawa ianya adalah letupan kosmik atau letupan kedua yang menjadikan matahari, bintang-bintang, planet-planet dan juga Bumi yang kita tinggal ini.

Yunus : Adakah ini apa yang awak percaya?

Bob : Ya sudah tentu, ini adalah fakta yang diakui berdasarkan bukti-bukti saintifik. Sebenarnya, idea ini telah disedari pada tahun 1973 dan istilah ini digelar sebagai teori ‘Big Bang’.

Yunus : Oh begitu, kalau begitu saya ada satu kejutan untuk awak. Dalam kitab AlQuranul Karim, Surah 21 ayat 30 mengatakan, “Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya.” Di sini kita dapat melihat bahawa AlQuran telah menyebut tentang teori ‘Big Bang’ dan AlQuran telah mendedahkannya sudah lebih 1400 tahun yang lalu.

Bob : Saya telah mendengar mengenai Quran, tapi bolehkah anda tolong segarkan balik memori saya?

Yunus : Sudah tentu, orang-orang Islam percaya bahawa AlQuran adalah firman Tuhan, tulin dan tidak dicemari yang diwahyukan kepada Nabi orang Islam iaitu Muhammad S.A.W , melalui perantaraan malaikat Jibril. AlQuran siap diwahyukan dalam masa 23 tahun iaitu sepanjang masa kenabian Nabi Muhammad.

Bob : Adakah anda pasti bahawa AlQuran itu sudah 14 kurun umurnya dan ianya tidak diubah?

Yunus : Sudah tentu, sejarah pun telah mengakui bahawa AlQuran telah siap pada kurun ke 7 dan masih kekal tidak berubah sehingga kini. Pakar sejarah, sama ada Islam atau tidak , membenarkan tentang perkara ini.

Bob : Kalau begitu, mungkin ianya satu anggapan.

Yunus : Apa yang sains katakan tentang bentuk Bumi?

Bob : Sebelum ini , manusia fikirkan bahawa Bumi ini adalah rata, sehinggalah Sir Frances Drake pada 1607 akhirnya membuktikan bahawa ianya bulat. Hari ini , istilah Geoid digunakan untuk menerangkan tentang bentuk bulat.

Yunus : Yang menakjubkan adalah, AlQuran dalam Surah ke 31, ayat 29 mengatakan, “Tidakkah kamu memperhatikan, bahwa sesungguhnya Allah memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam …” . Penggunaan perkataan masuk (terbenam) itu menitik beratkan tentang penukaran yang perlahan-lahan beransur-ansur, dan ianya tidak mungkin jika sekiranya Bumi ini rata.

Bob : Teruskan.

Yunus : Selanjutnya dalam Surah 39, ayat 5 , Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar; Dia melingkarkan (yukawwiru) malam atas siang dan melingkarkan (menutupkan) siang atas malam ..” . Perkataan yang digunakan dalam bahasa Arab asalnya adalah ‘kawwara’ yang bermakna lingkaran atau angin, yang biasanya melingkar ini adalah di sekeliling kepada sesuatu objek yang bulat. Awak mengatakan fakta ini ditemui baru lagi, tetapi siapa yang menyebutkan hal ini yang ada dalam AlQuran 1400 tahun yang lalu?

Bob : Saya tidak yakin.

Yunus : Baik, cuba bagi tau saya, dari mana datangnya cahaya bulan?

Bob : Beberapa abad yang lalu, manusia fikir bahawa bulan adalah versi miniatur matahari, dan kedua-duanya mengeluarkan cahaya tersendiri, tetapi kajian-kajian terkini membuktikan bahawa bulan mereflekskan cahaya matahari.

Yunus : AlQuran Surah ke 25, ayat 61 menyebut “Maha Suci Allah yang menjadikan di langit gugusan-gugusan bintang dan Dia menjadikan juga padanya lampu (matahari) dan bulan yang memantulkan cahaya” . Di sini, matahari diertikan sebagai lampu kerana ia mempunyai illuminasi tersendiri, sementara bulan dikatakan sebagai memantulkan cahaya atau pinjam cahaya, bermakna bukan kepunyaannya sendiri.

Bob : Ianya kemungkinan hanyalah satu agakan , tekaan.

Yunus : Demi kerana perbincangan ini, saya tidak akan membantah. Walaubagaimana pun mari kita teruskan , bila saya masih bersekolah pada tahun 80 an, cikgu telah memberitahu saya bahawa matahari tinggal kekal sedangkan planet-planet semua berputar pada paksinya dan mengelilingi matahari juga.

Bob : Adakah ini yang Quran anda kata, bahawa matahari itu tetap? ha!!

Yunus : Tidak, AlQuran tidak mengatakan sedemikian, ini apa yang saya belajar di sekolah.

Bob : Hari ini, sains telah maju ke hadapan. Kita pun sudah menjadi tahu bahawa matahari itu berputar pada paksinya juga. Matahari jika diperhati dengan alat-alat saintifik membongkar bahawa ia mempunyai ‘titik-titik hitam’. Kajian yang berlanjutan menunjukkan bahawa titik-titik hitam ini mengambil masa 25 hari untuk membuat satu pusingan. Oleh itu, kami buat kesimpulan bahawa matahari itu berputar dan mengambil masa kira-kira 25 hari untuk menghabiskan satu putaran pada paksinya.

Yunus : Kalau begitu, ini bukan suatu yang baru kepada orang Islam kerana ianya telah dibongkarkan dalam Surah 21 ayat 33, “Dan Dialah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya.” Ini adalah bukti bahawa kedua-dua matahari dan bulan berpusing di atas paksi masing-masing dan seterusnya hukum celestial pergerakan orbit yang dibuat di beritahu. Sila anda bagitahu saya, siapa yang telah menyebut tentang fakta-fakta saintifik ini dalam AlQuran yang mana awak mengatakan baru ditemui oleh para saintis? Sebelum awak menjawab soalan itu, sila bagitahu saya ……. adakah perbezaan antara bintang dan planet?

Bob : Ya, dan hari ni kita telah mengetahui bahawa bintang adalah berjasad seperti matahari yang mana mereka mengeluarkan cahaya tersendiri, sementara planet-planet, mereka tidak mengeluarkan cahaya mereka sendiri, sepertimana Bumi yang kita duduki sekarang.

Yunus : AlQuran AlKarim menyatakan fakta-fakta saintifik bukan hanya dalam bidang Astronomi.

Bob : Saya mendengar.

Yunus : Dalam beberapa ayat dalam AlQuran ada menyebutkan perincian tentang kitaran air. Ia menerangkan bahawa air dari Bumi dan tanah naik ke atas dan membentuk awan ……. awan ini meluwap , di sana ada kilat dan hujan yang turun dari awan itu. Ini adalah bukti dari ayat berikut , Surah 39 ayat 21, “Apakah kamu tidak memperhatikan, bahwa sesungguhnya Allah menurunkan air dari langit, maka diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi kemudian ditumbuhkan-Nya dengan air itu tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, …”. Dalam Surah 23 ayat 18 pula , “Dan Kami turunkan air dari langit menurut suatu ukuran; lalu Kami jadikan air itu menetap di bumi, dan sesungguhnya Kami benar-benar berkuasa menghilangkannya”. Juga dalam Surah 24 ayat 43, “Tidaklah kamu melihat bahwa Allah mengarak awan, kemudian mengumpulkan antara (bagian-bagian)nya, kemudian menjadikannya bertindih-tindih, maka kelihatanlah olehmu hujan keluar dari celah-celahnya …….”.

Bob : Menurut dari pengetahuan saya, perkiraan secara logiknya tentang kitaran air ini telah dibuat oleh Bernard Palissy pada 1580.

Yunus : Ini adalah perbezaan yang tepat yang AlQuran sebutkan berkenaan bintang dan planet. Dalam Surah 86, ayat 1-3 , “Demi langit dan yang datang pada malam hari. tahukah kamu apakah yang datang pada malam hari itu? (yaitu) bintang yang cahayanya menembus.” yang mana nyatanya kembali kepada bintang. Planet-planet pula diterangkan sebagai perhiasan dalam Surah 37, ayat 6, “Sesungguhnya Kami telah menghias langit yang terdekat dengan hiasan, iaitu planet-planet”.

Bob : hhhhmmmm, ia bukannya rahsia bahawa orang-orang Arab maju dalam bidang Astronomi, dan kemungkinan ahli-ahli astronomi ini lah yang memberikan penemuan-penemuan mereka kepada nabi itu.

Yunus : Saya setuju bahawa orang-orang Arab maju dalam Astronomi, tapi saya rasa awak telah menyusun jujukan peristiwa dalam keadaan yang tidak betul.

Bob : Apa yang anda maksudkan?

Yunus : Mari saya ingatkan awak bahawa AlQuran telah diturunkan berkurun yang lalu sebelum orang-orang Arab menjadi maju dalam astronomi. Maka adalah orang Arab itu yang belajar tentang Astronomi dari AlQuran dan sudah tentunya bukan yang sebaliknya.

AlQuran dalam Surah 30, ayat 48 menyatakan “Allah, Dialah yang mengirim angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendaki-Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya, maka apabila hujan itu turun mengenai hamba-hamba-Nya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira.” Sementara dalam bab Geografi, saya pasti awak tahu akan makna istilah ‘lipatan’.

Bob : Ya , anda lihat ……. kerak Bumi secara relatifnya nipis dan jarak gunung berikutan dengan fenomena ‘lipatan’ yang menyediakan kestabilan pada Bumi.

Yunus : AlQuran dalam Surah 78, ayat 6-7 , “Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan ?. Dan gunung-gunung sebagai pasak ?.” memberikan kita tanda seperti fenomena yang sama.

Di sini, perkataan ‘pasak’ adalah sinonim dengan perkataan ‘pancang’ dalam memegang Bumi agar stabil pada kedudukannya. Selanjutnya, bahagian pertama ayat ini menunjukkan kita bahawa Bumi ini tidak rata tetapi ia merupakan kawasan yang luas … maknanya anda boleh berjalan dan berjalan tanpa jatuh .

Idea yang sebelumnya dijelaskan dalam Surah 21, ayat 31, “Dan telah Kami jadikan di bumi ini gunung-gunung yang kukuh supaya bumi itu (tidak) goncang bersama mereka dan telah Kami jadikan (pula) di bumi itu jalan-jalan yang luas, agar mereka mendapat petunjuk.” Di sini kita diberitahu bahawa gunung-gunung membenarkan penyelenggaraan kestabilan Bumi dengan menghalang bentuk Bumi untuk bertukar dalam cara itu yang boleh menyebabkannya keluar dari orbit. Izinkan saya untuk berkata lagi … para saintis telah menemukan kebelakangan ini bahawa air masin dan air segar (di sungai) tidak bercampur … adakah itu betul?

Bob : Itu adalah betul … fenomena ini diperhatikan pada lokasi yang pelbagai … sebagai contohnya pada daerah di mana sungai Nil bertemu dengan Laut Mediterranean dan lebih khusus lagi pada arus teluk di mana dua badan air ini mengalir bersama pada ribuan kilometer.

Yunus : Dalam Surah 25, ayat 53 , “Dan Dialah yang membiarkan dua laut yang mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” Mesej yang serupa diberi pada Surah 55, ayat 19-20, “Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu. Antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui masing-masing.”

Bob : Mungkin orang-orang Arab membuat penyelaman dan berenang untuk membuat kajian itu.

Yunus : Tidak seperti itu, apa yang awak gagal untuk melihat ialah AlQuran juga mengakui bahawa ianya adalah pemisah yang tidak kelihatan dan untuk itu, ia tidak akan dapat dikaji.

Bob : Oh begitu, menurut Darwinisma dan teori evolusi, ia mengatakan bahawa semua kehidupan bermula dari dalam laut. Bolehkah anda beritahu apa yang Quran kata tentang ini, jika ada apa2 yang sama.

Yunus : Ya, tapi mula-mula, sila beritahu saya mengapa teori ini mempunyai konklusi sebegitu … bahawa kehidupan bermula dari lautan?

Bob : Salah satu sebabnya ialah bahan kimia dan komposisi manusia dan haiwan menunjukkan bahawa air adalah bahagian utama. Jelasnya antara 50 dan 90%.

Yunus : Dalam Surah 21, ayat 30, juga menambah “……. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?” Bolehkah anda bayangkan bahawa di tengah-tengah padang pasir Arabia , di mana hanya sedikit air, siapa yang akan jangka bahawa bukan hanya manusia tetapi segala benda hidup ini berasal dari air?

Bob : Saya sedar bahawa Sitoplasma (Cytoplasm), bahagian terpenting sel ini terdiri hampir 80% air dan bahawa setiap makhluk yang hidup adalah 50 - 90% air.

Yunus : Siapa yang akan menyebutkan fakta-fakta ini dalam AlQuran lebih 1400 tahun yang lalu? Ada beratus-ratus fakta dalam AlQuran yang mana sains moden hari ini tidak menyalahinya. Pada topik teori-teori, bolehkah anda terangkan pada saya apa yang dimaksudkan dengan teori benua-benua yang hanyut?

Bob : Sudah tentu, semua benua kita adalah pada suatu masa adalah satu bahagian yang besar, kemudian diikuti dengan letupan-letupan, mereka bertaburan atau ditolak ke sana ke mari pada permukaan Bumi ini. Untuk itu, jika anda tengok dengan teliti peta dunia, anda akan lihat sebagai contoh bahawa pantai timur Amerika Selatan akan padan dengan kemas kepada pantai barat Afrika Selatan.

Yunus : Idea yang serupa telah diterangkan dalam AlQuran dalam Surah 79, ayat 30-31 , “Dan bumi sesudah itu dihamparkan-Nya. Ia memancarkan daripadanya mata airnya, dan (menumbuhkan) tumbuh-tumbuhannya.

Bob : Jika ini benar, mengapa ia tidak dilaporkan di media?

Yunus : Ada. Cuba semak di arkib. Misalnya The Citizen, akhbar Kanada pada tarikh 22 NOV 1984.. bertajuk “Kitab suci lama 1300 tahun lebih awal dari masa” atau The Times of India, New Delhi pada tarikh 10 Dec 1984 bertajuk “Quran mengatasi Sains moden”.

Bob : Ini sungguh menakjubkan … teruskan

Yunus : Di sini saya teringat akan ayat AlQuran yang hebat dalam SURAH 41, AYAT 53 “………..”

Yunus : Kitab suci AlQuran juga menceritakan tentang penyakit kencing manis.

Bob : Maksud kamu?

Yunus : Kamu perhatikan, ada sesetengah makanan yang diisytiharkan tidak sesuai untuk dimakan manusia lantas dilarang.

Bob : Sementara kita dalam topik pemakanan ini, cuba terangkan mengapa seseorang Muslim itu terlalu menitik beratkan soal Halal dan haram dan apa maksud kedua-duanya itu?

Yunus : Apa yang dibenarkan digelar Halal dan apa yang dilarang itu digelar haram dan AlQuran lah penentu kedua-duanya,

Bob : Boleh kamu beri saya satu contoh?

Yunus : Ya . Islam melarang memakan segala jenis darah. Kamu tentu setuju bahawa dari analisa kimia yang dilakukan pada darah menunjukkan ia mengandungi kelebihan asid uric, sejenis bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan manusia.

Bob : Benar kata kamu mengenai keracunan semulajadi yang ada pada asid uric. Dalam tubuh manusia, ia hanya dikeluarkan menerusi najis. Fakta menunjukkan bahawa 98% dari asid uric dalam tubuh kita dikeluarkan dari darah melalui buah pinggang menerusi pembuangan air kecil.

Yunus : Saya rasa sekarang awak akan hargai cara penyembelihan binatang dalam Islam.

Bob : Apa maksud kamu?

Yunus : Tukang sembelih dengan sebilah pisau yang tajam sambil menyebut nama ALLAH, akan memutuskan urat murih binatang yang disembelih itu dengan sekali sembelih tanpa merosakkan urat2 leher yang lain.

Bob : Oh begitu,. Jadi ini akan menyebabkan kematian binatang tersebut kehilangan darah secara total tanpa merosakkan organ2 lain yang penting.

Yunus : Benar. Jika organ2 lain umpamanya jantung, hati atau otak itu rosak, binatang itu akan mati dengan serta merta dan darah membeku dalam urat2 binatang tersebut akan merebak dan menular pada dagingnya , penularan tersebut akan menyebabkan daging tadi dijangkiti asid uric dan ini sangat beracun, Ini baru disedari oleh pakar diet kita hari ini,

Bob : Mengapa orang Islam melarang keras memakan khinzir dan segala makanan yang berkaitan dengannya?

Yunus : Sebenarnya, selain dari AlQuran , kitab Injil juga melarangnya, dalam Leviticus Surah 11 ayat 8, “mengenai khinzir, daging khinizir jangan sekali kamu makan dan bangkai khinzir jgn disentuh. Kesemuanya najis bagi kamu”

Lagipun tahu atau tidak anda bahawa khinzir tidak boleh disembelih kerana ia tidak mempunyai leher. Itu menurut anatomi semulajadinya. Bagi seseorang muslim, jika khinzir boleh dimakan, semestinya ia dikurniakan leher yang membolehkannya disembelih, apa pun saya pasti anda tahu pasal bahaya memakan khinzir ini,.

Bob : Sains perubatan telah menemui kehadiran banyak parasit dan beberapa penyakit yang terdapat dalam badan khinzir.,

Yunus : Benar. Selain itu sementara kita berbicara tentang asid uric dalam darah, penting kita ketahui bahawa biokimia khinzir hanya dapat keluarkan 2% dari keseluruhan kandungan asid uric dari badannya. Sisanya yang 98% masih terkandung dalam badan khinzir itu. Maka terdapat purata pesakit rheumatisma yang tinggi di kalangan mereka yang memakan daging khinzir.

Bob : Ayuh, pasang talipinggang keselamatan kita. Kita akan mendarat sebentar lagi. Masa berlalu begitu pantas. Tidak pernah saya mendengar hujjah2 sedemikian rupa dan saya ingin mendengarnya lagi. Apa kah tema kitab AlQuran?

Yunus : Tema asas adalah penyelamatan, dalam kehidupan sekarang dan selepasnya. Ianya tidak termasuk dalam kategori sains atau seni. Tapi ditujukan buat manusia. Menyentuh segala disiplin yang menitik beratkanNya. AlQuran memandu ke arah kebenaran seperti mana dalam diskusi kita yg lepas.

Ini mengingatkan saya pada kata2 Sir Francis, “sedikit pengetahuan mengenai sains membuatkan anda menjadi atheist, dan pengetahuan sains yang mendalam yang menjadikan kamu percaya kepada Tuhan”

Selepas itu mereka tidak berkata2 lagi. Menunggu kapal terbang mendarat.

Wallahu a’lam

Sumber : http://www.geocities.com/Athens/Academy/7368/science_religion.htm

0

Menjawab beberapa tuduhan terhadap AlQuran.

Tuduhan-tuduhan ini dikutip dari laman web http://www.indonesia.faithfreedom.org. Walaupun tuduhan-tuduhan itu sudah hampir 2 tahun berlaku, tetapi saya sekadar mahu memberi penjelasan yang lebih lagi kepada non-muslim akan kebenaran AlQuran dan kebathilan mereka-mereka yang menuduh terhadap isi AlQuran itu.

Dan saya harap anda dapat membacanya dengan hati yang lapang dan menggunakan akal yang sihat. Mari kita berbincang secara ilmiah. Saya akan menyenaraikan satu persatu tuduhan-tuduhan yang disampaikan dan berserta dengan jawapan saya terhadap tuduhan-tuduhan itu

Tuduhan : Salah hitung dalam penciptaan langit dan bumi

1a) BERAPA HARI UTK MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI ?

[7.54] Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa,

[10.3] Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa

Lihat juga Quran 11:7.

Jadi menurut ayat2 diatas, Allah menciptakan bumi dan langit dalam 6 masa/hari. Tapi kemudian lihatlah dibawah ini !

[41.9] Katakanlah: “Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang menciptakan bumi dalam dua masa

[41.10] Dan Dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang kokoh di atasnya. Dia memberkahinya dan Dia menentukan padanya kadar makanan-makanan (penghuni) nya dalam empat masa.

[41.12] Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa …

Nah sekarang, hitunglah sendiri : 2 (bagi bumi) + 4(kadar2 makanan) + 2 (bagi langi) = DELAPAN hari; dan BUKAN ENAM !!!

Jawapan :

Sila perhati baik-baik kembali pada ayat-ayat tersebut. 2 ayat pertama itu mengatakan penciptaan langit dan bumi, bermakna kesemuanya adalah 6 hari. Sedangkan lihat pada ayat ini yang kemudiannya

[41.10] Dan Dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang kukuh di atasnya. Dia memberkahinya dan Dia menentukan padanya kadar makanan-makanan (penghuni) nya dalam empat masa.

Ayat ini bukan hanya menerangkan tentang penciptaan Bumi sahaja, tetapi termasuk juga memberkahinya dan menentukan padanya kadar makanan-makanan penghuninya. Ia merupakan gabungan antara masa penciptaan Bumi selama 2 hari dan kemudian diberkatiNya bumi itu dan ditentukan padanya kadar makanan-makanan, yang mana mengikut ahli-ahli tafsir termasuklah pembentukan lautan, gunung, binatang, tumbuhan dan sebagainya.

Maka benarlah apa yang diterangkan dalam AlQuran iaitu, penciptaan Bumi selama 2 hari, evolusi pembentukan di atas muka bumi selama 2 hari, dan penciptaan langit selama 2 hari. Yang mana kesemuanya adalah 6 hari. Adalah jelas di situ penuduh tidak membaca ayat-ayat tersebut dengan teliti.

<------------------------------------------------------------------------------>

Tuduhan : HARI2 ALLAH : 1000 atau 50.000 tahun ?

[22.47] Sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu.

[70.4] Malaikat-malaikat dan Jibril naik (menghadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun.

Jawapan :

Cuba perhatikan ayat yang kedua itu baik-baik, adakah ada di situ menyebut SEHARI di sisi Tuhan? Sedangkan ayat kedua itu menerangkan perihal lama mana malaikat-malaikat itu naik mengadap Tuhan, bukannya memberitahu tentang sehari di sisi Tuhan seperti ayat yang pertama di atas. Maka di mana percanggahannya? Tiada pun.

Dan sebagaimana kita tahu, ianya kemungkinan sehari di sisi malaikat-malaikat itu atau sehari di sisi kita. Dan adalah sehari di sisi Allah S.w.t tidak sama dengan sehari di sisi kita.

<------------------------------------------------------------------------------>

Tuduhan:

Siapa yg duluan ? Menurut ayat2 dibawah ini, Allah mengatakan : Bumi terlebih dahulu, tapi juga mengatakan : Langit terlebih dahulu !

Q 29.2 Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit.

Lihat juga Q 79: 27 - 30 !

Jadi benarkah menurut Quran, Bumi diciptakan sebelum alam semesta ? Itukah yg dibuktikan sains modern ? Apa pula yg dimaksud dgn ketujuh lapisan langit itu ? Menurut sains modern, tidak ada Atap diatas bumi kita. Hanya alam semesta tanpa batasan.

Jawapan :

Penuduh mengatakan ayat itu mengatakan Bumi yang diciptakan terlebih dahulu, sedangkan tiada pun diterangkan yang mana diciptakan terlebih dahulu dengan jelas. Hanya Bumi disebut terlebih dahulu tetapi tidak dinyatakan dengan sejelasnya bahawa ia lah yang diciptakan terlebih dahulu. Tiada langsung disebutkan yang ini diciptakan dahulu, kemudian yang itu, kemudian yang itu, tiada! Maka tuduhan ini adalah andaian penuduh semata. Walaupun ada ahli meteorologi yang membenarkan tentang kejadian bumi ini terlebih dahulu, tetapi perkara ini sains sendiri pun tidak dapat memastikannya. Mana mungkin sains mengetahui mana yang dijadikan terlebih dahulu, kerana semua itu hanya dalam ilmu Allah.

Tentang atap di atas Bumi itu , para pengkaji telah mengatakan bahawa ianya adalah sesuai dengan lapisan Ozon apa bila bercakap tentang sains moden. Lapisan Ozon bertindak sebagai lapisan pelindung, sama ada melindungi Bumi dari sinar UV matahari, dari tahi bintang, dan dari apa saja objek luaran Bumi. Maka sesuai lah disebut sebagai atap, dan itu menunjukkan bahawa AlQuran telah menyebut tentang lapisan Ozon sejak 1400 tahun yang lalu yang mana sainis moden hanya menemui tentangnya kebelakangan ini. MasyaAllah

Lihat juga tentang AlQuran dan asal Penciptaan Alam Semesta

<------------------------------------------------------------------------------>

Tuduhan : Matahari terbenam di dalam laut yang berlumpur hitam

Jawapan :

Penuduh ini semuanya nak dikaitkan dengan sains, macam lah AlQuran itu adalah kitab sains. Saya mahu memberi peringatan kepadanya, AlQuran itu bukan lah semata-mata kitab sains, tetapi banyak fakta-fakta saintifik yang dijelaskan di dalam AlQuran bertepatan dengan sains moden yang baru ditemui kebelakangan ini. Perkara seperti ini kalau tidak boleh difikirkan maka kasihanlah. Cuba kita tengok dalam Bible lagi banyak fakta yang amat bercanggah dengan sains. InsyaAllah saya akan usulkan perkara ini akan datang.

Pertuduhan di atas sebenarnya diambil dari ayat ini yang bermaksud , “Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Dzulkarnain. Katakanlah: “Aku akan bacakan kepadamu cerita tantangnya. Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami telah memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu maka dia pun menempuh suatu jalan, Hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut yang berlumpur hitam, dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: “Hai Dzulkarnain, kamu boleh menyiksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka.” Surah AlKahfi : Ayat 83-86

Allah mengatakan bahawa Dzulkarnain itu yang melihat seumpama tersebut, bukannya Allah memberitahu keadaan matahari seperti itu. Ini hanya apa yang dilihat oleh Zulkarnain itu sendiri dan ianya mungkin secara analogi sahaja. Mari kita lihat apa kata Ibnu Katsir di bawah;

“Hingga apabila dia (Dzulkarnain) telah sampai ke tempat terbit matahari” bererti ia mengikuti arah yang benar hingga ia mencapai daerah terjauh, ia mungkin memulai perjalanan dari barat. Kerana mencapai terbitnya matahari di langit adalah mustahil. Apa yang di katakan para periwayat dan pencerita mengenai ia berjalan dalam suatu masa di muka bumi disaat matahari terbenam dibelakangnya adalah dusta, dan sebahagian cerita-cerita ini adalah mitos para Ahli Kitab dan penemuan-penemuan kebohongan mereka.

“Ia melihat matahari terbenam di dalam laut yang berlumpur hitam “ bererti ia melihat matahari menurut pandangannya terbenam ke dalam laut dan hal ini pun terjadi pada semua orang yang berada di pantai yang melihat seolah-olah matahari terbenam ke dalamnya (kedalam laut). (Ibn Kathir, Tafsir-ul-Qur’ân Al-’Azim, Volume 5, halaman 120. Diterbitkan oleh Maktabat-ul-Iman, Mansoura, Mesir)

Dan jika anda sendiri pergi melihat waktu matahari terbenam di waktu petang pun, anda akan melihat lautan yang berada di garisan tidak lagi berwarna biru, malah kekuning-kuningan dan hitam seakan-akan itu bukan air laut. Maka secara analoginya jika dikatakan sebagai lumpur hitam pun adalah munasabah. Ini dinyatakan dari sudut kesenian, bukannya sains, jangan anda salah faham.

<------------------------------------------------------------------------------>

Tuduhan : Bumi tempat peristirahatan Matahari ?

[36.38] dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.

[36.39] Dan telah Kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah, sehingga (setelah dia sampai ke manzilah yang terakhir) kembalilah dia sebagai bentuk tandan yang tua.

[36.40] Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya.

Allah memang saintis hebat. Dimana letak matahari dan bulan ?
Bgm mereka dapat saling mendahului ? Apakah mereka bertetangga ?
‘Allah’ dulu melihat dari bumi bahwa matahari dan bulan bergerak dari timur ke barat, dlm langit yg sama, tanpa bertabrakan. Allah tidak tahu bahwa fenomena ini diakibatkan karena rotasi bumi dan BUKAN rotasi matahari. Bagi bumi, matahari tidak bergerak2, karena bumi berada pada peredaran/gravitas matahari, spt kami (manusia) berada dlm peredaran/gravitas bumi. Allah tidak pernah mengatakan dlm Qurannya bahwa BUMI BERPUTAR PADA SUMBUNYA (ROTASI). Mungkin Allah tidak dapat merasakan rotasi bumi.

Jawapan :

Pertuduhan di atas telah lama terjawab oleh sains sendiri bahawa matahari turut beredar pada paksinya di dalam galaksi Bima Sakti ini. Maka ia sekali lagi membuktikan bahawa AlQuran adalah sebuah kitab yang agung, kerana penemuan baru dalam ilmu astronomi yang baru dapat disahkan, telah lama diberitahu dalam AlQuran iaitu 1400 tahun yang lalu. Ini menunjukkan Nabi Muhammad S.a.w bukan berkata mengikut apa yang difikirkannya, tetapi mengikut WAHYU yang diturunkan kepadanya dari Tuhan semesta alam iaitu Allah S.W.T. Bagaimana mungkin seorang nabi yang asalnya ‘ummi’ iaitu tidak dapat membaca dan menulis dapat memperkatakan hal yang sedemikian? Apa lagi untuknya mencedok dari buku atau ajaran lain. Wallahu a’lam

Sekadar ini dahulu jawapan-jawapan bagi pertuduhan terhadap AlQuran yang Mulia. InsyaALLAH akan dilanjutkan lagi kepada pertuduhan-pertuduhan lain di masa akan datang. Kerana sudah ternyata, tuduhan-tuduhan terhadap AlQuran semuanya tidak berasas dan hanya sekadar mahu melarikan diri dari pertuduhan terhadap Bible. Kerana sudah sedia maklum teramat banyak percanggahan yang telah ditemui dalam Bible dan dibongkarkan, maka mereka tidak lain mencari jalan juga untuk membongkar apa-apa yang mereka ragukan dalam AlQuran, sedangkan pembongkaran mereka benar-benar tidak berasas sama ada dari segi ilmiah mahupun logik akal.

“Dan mereka (orang-orang kafir ) membuat tipu daya (merancang), maka Allah pun membalas tipu daya (merancang), dan Allah sebaik-baik pembalas tipu daya (perancang)”. Surah Aali Imraan : Ayat 54

artikel oleh hikmatun

Freemasons, Illuminati dan Dajjal.

Terdapat bukti-bukti kukuh termasuk dari hadith yang akan menampakkan kepada kita bahawa kita sekarang sudah banyak dipengaruhi oleh Dajjal, dan pasukannya itu sudah terlalu lama muncul tanpa disedari ramai. Mereka bergerak secara rahsia dan semakin beransur-ansur untuk bergerak secara terang-terang pula. Sebelum itu, mari kita perhatikan kepada simbol-simbol ini.

Ini hanyalah beberapa dari banyak lagi simbol yang boleh didapati di mana-mana di dunia sekarang ini. Biasanya di bangunan-bangunan besar, pejabat-pejabat, tempat-tempat rahsia dan tidak ketinggalan boleh diperhatikan dalam banyak filem kebelakangan ini yang menceritakan perihal Freemasons seperti filem Da Vinci Code, National Treasure 1 & 2, From Hell dan beberapa lagi. Dan simbol-simbol ini adalah simbol kepada kumpulan yang diberi nama The Freemasons. Dan Freemasons ini lah yang merupakan salah satu kumpulan yang bergerak dalam satu nama besar yang dipanggil Illuminati. Ini tak termasuk lagi simbol-simbol Illuminati yang lain yang banyak juga keluar dalam filem-filem Hollywood seperti filem-filem yang saya sebutkan tadi, Indiana Jones, Stargate, Independence Day, The Omen, American Gangster, The Ant Bully, Conspiracy Theory, Into the Wild, The Majestic, Miami Vice dan macam-macam lagi.

Perhatikan simbol-simbol tersebut, semuanya mempunyai asas yang sama iaitu mempunyai satu jangkalukis (compasses) di bahagian atas , sesiku (square) di bahagian bawah dan huruf ‘G’ di tengah-tengah. Semuanya itu mempunyai maksud yang tersendiri dan di kalangan ahli-ahli Masons sendiri pun ada bermacam-macam maksud dan biasanya ia tidak didedahkan di kalangan ahli. Cuma saya akan cuba ketengahkan pendapat yang kuat tentang simbol tersebut mengkikut kajian saya.

Di kebanyakan negara, huruf ‘G‘ di tengah tadi itu membawa makna ‘God‘ atau ‘Tuhan‘. Dan pendapat satu lagi yang kuat adalah ‘Geometry’. Inilah yang menjadi asas kepada kerja-kerja KREATIF yang dilakukan oleh kumpulan Freemasons dari awal dulu lagi. Maka apabila dihubungkan Geometri dengan God, maka kebiasaanya para arkitek dan pereka bentuk akan menggunakan alat-alat Geometri kan. Maka maksud di situ adalah tuhan itu mereka cipta dunia ini dan itulah secara analoginya digambarkan dengan Geometri tersebut.

Tentang jangkalukis dan sesiku itu pula, ia merupakan antara alat utama yang digunakan oleh Freemasons dalam kerja-kerja mereka sejak dulu. Jangkalukis biasanya digunakan untuk melakarkan bentuk bulat dan bahagian-bahagiannya dengan mudah. Manakala sesiku pula untuk menyemak ketepatan sudut 90° yang mana amat penting dalam pembinaan bangunan. Dari sudut lain, simbol itu juga melambangkan jantina iaitu jangkalukis yang atas itu lelaki dan sesiku bawah itu wanita. Dan akhirnya lahirlah ‘G’ di tengah-tengah itu. Begitulah menurut beberapa pendapat berkenaan simbol Freemasons.

Sepintas lalu berkenaan Freemasons

Freemasons atau Freemasonry adalah sebuah pertubuhan persaudaraan yang mula muncul sejak antara akhir abad ke 16 dan awal abad ke 17. Sekarang ini mereka ada merata-rata di dunia dengan keahlilan sekitar 5 juta orang iaitu sekitar 480,000 di England, Scotland dan Ireland , dan bawah dari 2 juta orang di Amerika Syarikat. Mereka percaya kepada suatu kuasa yang mereka puja yang mana kuasa itulah yang diakui mereka sebagai ‘God’ atau ‘Tuhan’. Dan tuhan yang dipuja-puja mereka itu secara ringkasnya saya katakan di sini adalah tuhan yang digelar mereka sebagai ‘The all seeing-eye’ atau ‘Mata yang dapat melihat segala sesuatu’. Dan itulah mata satu yang seringkali digambarkan oleh mereka dalam banyak simbol-simbol mereka antaranya seperti di bawah;

Simbol tuhan bermata satu itulah yang terdapat pada duit USD1 Dollar Amerika Syarikat yang mana pengaruh Illuminati telah menyelinap masuk ke kerajaan Amerika Syarikat sejak dulu lagi. Presiden-presiden Amerika Syarikat sejak George Washington lagi terlibat dengan kumpulan Freemasons ini, hinggalah kepada presiden sekarang iaitu George W. Bush yang juga merupakan ahli tetap kepada Skull and Bones, juga kabilah dari Illuminati itu.

Cuma saya rasa, Presiden John F. Kennedy sahaja yang tidak terlibat dengan mereka atau pun telah sedar diri dan menarik diri dari kumpulan mereka. Kerana beliau pernah menyampaikan ucapan memberi amaran tentang kemunculan kumpulan-kumpulan rahsia ini yang cuba untuk menguasai dunia. Dan tidak lama selepas itu, Presiden JFK ini telah mati ditembak di kepala di hadapan khalayak ramai ketika dia berada dalam kereta bersama isterinya dalam satu perarakan.

Walaupun jumlah ahli Freemasons tidak mencapai billion orang tetapi pengaruh mereka sangat kuat kerana mereka lah yang memegang kuasa ekonomi dan politik dunia sekarang. Dan merekalah yang ingin mengatur sistem kehidupan pada semua orang tanpa kita sedari.

Antara kegiatan-kegiatan mereka

Menurut buku Dajal dan Simbol Setan - Drs H. Toto Tasmara, mereka melakukan kegiatan-kegiatan yang boleh diistilahkan dengan ‘gerakan 7 F’, iaitu menghancurkan kekuatan finansial (Financial) umat Islam, merosakkan pola makan (food), menciptakan adu domba atau perpecahan di kalangan umat beragama mahupun di dalam tubuh umat Islam (friction), menyebarkan cara berfikir bebas (freethinking), menebarkan ideologi yang membebaskan manusia dari tata cara pemikiran beragama (freedom of religion), menguasai filem, TV, dan media massa (film), menumbuhkan dan menggoda masyarakat agar berbudaya dan bersikap mengikuti millah (cara) mereka (fashion/life style), membuat beberapa aliran mistik untuk menghancurkan agama (faith, sect, occultism, dll.), menumbuhkan rasa kecewa (frustrasion), dan lain-lain.

Simbol-simbol lain yang berkaitan dengan Illuminati

Ini gambar lukisan Baphomet, Tuhan yang dipuja oleh Knights Templar dulu

Antara simbol-simbol kepada pemujaan ini yang mana sama dengan simbol-simbol yang dipuja oleh kumpulan Black Metal dan pemujaan syaitan lain antaranya

Dan kebiasaannya simbol-simbol Illuminati mesti ada kaitan dengan Segitiga, bintang syaitan , matahari, burung hantu dan sebagainya. Terlalu banyak identiti mereka yang boleh mengaburkan mata pihak lain , cuma yang paling ketara adalah simbol segitiga dan bintang.

Church of Satan

Church of Satan telah ditubuhkan di San Fransisco , California pada 30 April 1966 oleh Anton Szandor LaVey yang mana dia adalah seorang paderi besar gereja pada ketika itu. Dari tahun 1950an lagi, Anton LaVey telah menubuhkan sebuah kumpulan yang diberi nama Order of the Trapezoid yang kemudiannya berkembang menjadi badan pengurusan yang dikenali sebagai Church of Satan ataupun Gereja Syaitan.

Pada sekitar tahun 1980an dan 1990an, Church of Satan dan ahli-ahlinya sangat aktif mengeluarkan filem, muzik, dan majalah yang ditujukan kepada pemujaan syaitan. Dan secara ringkasnya di sini, munculnya Church of Satan ni adalah untuk belot atau melawan agama Kristian yang telah sedia ada, kerana itu juga mereka termasuk dalam anti-christ.

Bohemian Club

Bohemian Club adalah sebuah kelab rahsia yang ternama di San Fransisco, California, USA. Kelab ini terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat dari artis, ahli perniagaan hinggalah kepada barisan pemimpin tempatan dan global di sana. Dan ramai artis serta pencinta-pencinta seni yang menjadi ahli aktif kelab tersebut. Dan pada setiap tahun, kelab ini akan mengadakan perkhemahan 3 minggu dan akan mengadakan upacara memuja pada sebuah tempat yang berdirinya patung burung hantu yang besar.

Skull and Bones

Hanya golongan tertentu dipilih untuk menyertai Skull And Bones dan biasanya dipilih dari keluarga berpengaruh dan cerdik pandai. Pusat Skull and Bones di Universiti Yale, Connecticut , Amerika Syarikat dan di sinilah pelapis Skull and Bones mula dipilih. Dan secara ringkasnya mereka adalah kumpulan elite yang mengetuai gerakan illuminati itu. Dan anggota-anggotanya terdiri dari pemimpin-pemimpin besar dunia termasuklah presiden Amerika Syarikat sekarang iaitu George W. Bush.

Bendera Israel

Bendera Israel juga mengandungi simbol mereka iaitu dua segitiga yang satunya terbalik, apabila digabungkan menjadi bentuk bintang. Ianya di panggil ‘Star of David’ dan merupakan lambang kepada orang-orang Yahudi. Dua segitiga itu juga mempunyai beberapa maksud, dan yang biasa diketahui ialah segitiga normal itu melambangkan wanita dan segitiga terbalik itu melambangkan lelaki.

Tetapi menurut sumber-sumber Yahudi, ‘Star of David’ itu melambangkan nombor 7, iaitu hujungnya ada 6 dicampurkan dengan pusat tengah jadi 7. Maksud pendapat dari Yahudi itu ditujukan kepada bilangan hari Tuhan ciptakan alam ini iaitu 6 hari dan dicampur sehari hari berehat , menjadikannya 7 hari. Juga dinisbahkan kepada 6 hari bekerja dan 1 hari Sabat, 7 malaikat utama dan sebagainya.

Dan jika anda perhatikan betul-betul, rupa-rupanya simbol Freemasons juga ada kaitannya dengan Star of David ini, perhatikan simbol di bawah baik-baik yang saya telah lakarkan kaitan dengan Star of David.

Adik beradik kepada ‘Star of David’ itu pula ialah Pentagram yang kebiasaannya adalah simbol yang digunakan oleh kebanyakan puak-puak pemuja syaitan termasuklah dalam simbol Baphomet di atas. Pentagram adalah seperti simbol di bawah ini;

Pentagram kuno - bintang terbalik

Pentagram moden - bintang tak terbalik

Dan simbol pentagram ini bukan sahaja boleh didapati dari tempat-tempat pemujaan dan seumpamanya, tetapi juga boleh diperhatikan pada The Pentagon, iaitu ibu pejabat bagi Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat, seperti gambar di bawah.

Simbol bintang pentagram itu pula sebenarnya adalah gabungan 3 buah segitiga. Mari kita lihat pecahan-pecahan segitiga itu seperti di bawah;

Menjadi

Dan simbol bintang David pula terdiri dari gabungan 2 segitiga

Menjadi

Dan banyak lagi sebenarnya simbol-simbol Illuminati yang tidak muat untuk dibicarakan di sini dan sesuai dibicarakan dalam topik yang lain insyaAllah.

Apa kaitannya dengan Dajjal?

Maka setelah kita mengetahui bahawa gerakan merekalah yang cuba menguasai dunia dengan ingin merealisasikan impian ‘New World Order’ atau ‘Tata Dunia Baru’ dan Tuhan yang akan diangkat oleh mereka untuk memerintah dunia adalah ‘The All Seeing-eye’ atau ‘Mata yang dapat melihat segala sesuatu’ yang membawa makna Tuhan mereka itu bermata satu. Maka ini sesuailah dengan amaran-amaran yang diberikan oleh Nabi Muhammad S.a.w seperti dalam hadith-hadith di bawah;

Dalam Sahih Muslim ada sebuah Hadits yang bermaksud: “Sejak terciptanya manusia hingga datangnya Hari Kiamat, tak ada fitnah lebih besar daripada fitnahnya Dajjal” (Misykat, hal. 472).

“Aku benar-benar akan memperingatkan kalian tentang Dajjal. Tidak ada seorang nabi melainkan ia pernah memperingatkan kaumnya tentang masalah tersebut. Tetapi aku akan mengatakan kepada kalian suatu ucapan yang belum pernah dikatakan oleh seorang nabi pun sebelumku. Dia itu (Dajjal) cacat (sebelah matanya) sedangkan Allah tidaklah cacat (sebelah mata)” (Sahih Jami’ shogir 3495/ Al-Bany) Hadith Riwayat Bukhari.

Dan banyak lagi hadith lain yang menyebut bahawa Rasulullah S.a.w telah memberi amaran kepada kita tentang bakal kemunculan Dajjal yang bermata satu. Sejak dari Nabi Nuh lagi, semua para nabi memberi amaran tentang kedatangan Dajjal, tetapi hanya Nabi Muhammad S.a.w yang mula mengatakan bahawa Dajjal itu bermata satu. Dan mari kita bandingkannya dengan kemunculan Freemasons dan sekutu-sekutunya.

Freemasons mula muncul pada antara akhir abad ke 16 dan awal abad ke 17, bermakna lama selepas diutuskan Nabi Muhammad S.a.w. Sebelum Nabi Muhammad diutuskan , mereka dikenali dengan pelbagai watak yang antaranya Masons (tukang batu) dan sebagainya. Cuma dulu tiada lagi simbol yang digunakan oleh mereka sekarang dan tiada lagi simbol mata satu. Maka benarlah ramalan Nabi Muhammad S.a.w berkenaan akan munculnya Dajjal bermata satu yang akan memerintah dunia, kerana matlamat Freemasons dan sekutu-sekutunya sekarang adalah untuk memerintah dunia dan mereka mengagungkan simbol ‘Mata Satu’ mereka itu. Dan mereka juga adalah anti-kristian dan orang-orang Kristian juga meramalkan mereka berdasarkan dari kitab Bible dan menjadi musuh kepada kristianiti.

Maka sudah jelas di situ, tidak lain dan tidak bukan, pasukan Dajjal tersebut adalah The Freemasons dan sekutu-sekutunya yang berlindung di sebalik nama Illuminati. Maka tidak perlu lagi kita menanti kemunculan Dajjal kerana sebenarnya dia telah muncul dan pengaruhnya menular ke serata pelusuk dunia sekarang ini dengan bermacam cara. Yang penting sekarang kita perlu sentiasa amalkan membaca ayat-ayat dan doa untuk berlindung dari fitnah Dajjal laknatullahu alaih.

Mereka menunjukkan syurga dunia kepada kita sekarang iaitu kemewahan, alat-alat canggih, hiburan-hiburan dan seumpamanya. Manakala mereka yang tidak mahukan semua itu diibaratkan berada dalam neraka sekarang kerana bagi mereka kehidupan tanpa perkara-perkara tadi adalah memboringkan, tidak seronok, tidak memuaskan dan sebagainya.

Tentang syurga dan neraka yang dibawa oleh Dajjal, anda boleh membacanya dalam kandungan khutbah Rasulullah S.a.w berkenaan Dajjal. Dan antara isi nya bermakud, “Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, iaitu panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.”

Ayat dan doa berlindung dengan Allah dari fitnah Dajjal

1- Sepuluh ayat permulaan Surah Al-Kahfi dan sepuluh ayat terakhir.

‘Jika seseorang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Al-Kahfi, ia akan terlindungi dari fitnah Dajjal’ (HR. Muslim no. 809)

“Barang siapa yang membaca sepuluh ayat pertama dari surah al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.”

Dan di dalam riwayat yang lain disebutkan,

“Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surat al-Kahfi maka akan dijaga dari dajjal.” (HR. Muslim)

2 - Baca doa elak fitnah dajjal, berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a . Doa nya berbunyi begini,

اللهم اني اعوذبك من عذاب القبر ومن عذاب النار ومن فتنة المحيا والممات ومن فتنة المسيح الدجال

‘Allaahumma innii a’uudzubika min ‘adzaabil qabri wamin ‘adzaabinnaari wamin fitnatil mahyaa wal mamaati wamin fitnatil masiihid dajjaali’ , yang maksudnya ‘Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari siksa kubur, siksa neraka, dari fitnah hidup dan mati, dan dari fitnah al-Masih Dajjal‘.”

Dan beberapa doa lain lagi yang lebih kurang dengan doa di atas ini seperti mana yang tercatit pada hadith-hadith Nabi Muhammad S.a.w. Semoga Allah memelihara kita dan menjauhkan kita dari fitnah Dajjal, aamiiin. Wallahu a’lam

artikel oleh hikmatun

Back to Top