hmmmm. walaupun agak kelakar untuk menulis artikel ini, namun saya hanya meluahkan perasaan di hati menerusi blog ini. bahasa yang saya gunakan memang baku untuk artikel ini. suatu percubaan berani untuk menjadi lebih serius. waktu menulis artikel ni, saya baru sahaja chat dengan seorang senior. apa yang diluahkan olehnya semuanya berkaitan pasal kehidupan semasa di oversea. terlintas di fikiran alangkah bahagianya mereka menikmati dunia di negara orang. walaupun terpaksa berjauhan dengan negara sendiri, keinginan dan keazaman untuk berbakti kepada agama, bangsa dan negara menjadi tujuan utama mereka dihantar ke sana. bukannya untuk menikmati kemewahan hidup di negara orang. teringin juga menjadi seperti mereka yang sudah melanjutkan pelajaran ke sana dan menikmati kehidupan sebagai seorang pelajar universiti di negara orang. sudah menjadi lumrah kehidupan, ada yang sedang bersedih dan ada pula yang sedang bergembira menikmati hidup. kehidupan di dunia saya kini jauh berbeza dengan dahulu. namun kehidupan terpaksa diteruskan demi mengejar kecemerlangan hidup. walaupun kehidupan di dunia hanyalah sementara, namun manusia harus melaluinya untuk mengejar kecemerlangan di akhirat kelak.
pejam celik kehidupan saya sudah berada di pre-university. tak lama lagi akan melangkah ke alam baru iaitu dunia univerisiti yang sama sekali jauh berbeza dengan kehidupan sekarang. kalaulah diizinkan Tuhan untuk menjadi seperti mereka yang sedang belajar jauh di negara orang, kehidupan sebagai seorang manusia dan seorang khalifah di muka bumi semakin mencabar. banyak tanggungjawab yang harus dipikul ketika berada di perantauan. tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat Malaysia dengan biasiswa yang ditawarkan supaya saya pulang ke tanah air dan berbakti kepada agama, bangsa dan rakyat Malaysia. amanah dan kepercayaan ini adalah terlalu berat untuk saya pikul tanpa pegangan dan prinsip yang teguh dalam diri saya. apa yang perlu saya lakukan adalah terus berusaha untuk mengejar kecemerlangan yang diimpikan sejak kecil untuk menjadi seorang yang mampu berbakti kepada Malaysia kelak. kita hanya berusaha dan selebihnya biarlah Allah jua yang menentukan.
0 comments:
Post a Comment