SELAMAT HARI MERDEKA KE-52
Selamat Hari Merdeka ke-52
SELAMAT HARI MERDEKA KE-52
Al-Fatihah

bila Saiful bersumpah.
gambar Saiful bersama bapanya~
berikut adalah lafaz sumpah oleh Sailful :
“Bismillahirrahman nirrahim. Pada hari ini, 15 Ogos 2008, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan, No Kad Pengenalan 850706-01-5687 dengan ini sesungguhnya dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang berikrar dan bersumpah seperti berikut….A’uzubilahiminasyaitanirrajim. Bismillahirrahmannirrahim. Wallahi…Wabillahi….Wata’alahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 hb Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta, atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat. Wallahualam.”
Apabila menonton sumpah Saiful semalam di Buletin Utama, saya sendiri menggeletar mendengar ayat-ayat sumpah Saiful yang sanggup dirinya dilaknat oleh Allah S.W.T sehingga hari kiamat sekiranya dia berdusta. Bagi diri saya sendiri, sekiranya Anwar Ibrahim gagal melakukan perkara yang sama seperti Saiful, maka saya akan menganggap Saiful berada di pihak yang benar.
Apabila saya meninjau komen-komen rakyat Malaysia di alam cyber, rata-rata orang melayu mula meragui kebenaran Anwar Ibrahim. Cuma orang-orang bukan Islam sahaja yang meragui 100% ketulenan sumpah Saiful tersebut kerana mengaitkan kononnya Saiful telah menerima RM jutaan ringgit dan menganggap sumpah laknat Saiful itu tidak boleh dipercayai.
Contoh komen bukan Islam yang saya baca (lebih kurang begini) :-
” What is so great even if he swore in the name of god? Cannot determine the truth what? Anybody also can swear like that!”
“Ala…kalau dah kena bayar berjuta-juta saya pun sanggup sumpah depan kitab agama. Samalah macam buat confession pada paderi”
Bagi saya ini semua atas kecetekan kefahaman orang bukan Islam tentang kekuatan kepercayaan dan pegangan penganut agama Islam. Ingin saya tegaskan di sini, bahawa, orang Islam tidak sewenang-wenangnya bersumpah atas nama tuhan dan sanggup dirinya dilaknati Allah S.W.T. Biar berjuta ringgit sekalipun dibayar, namun untuk bersumpah laknat, membiarkan dirinya dilaknati hingga hari kiamat, adalah tidak mungkin sama sekali walau sejahat mana pun orang itu.
Itulah bezanya orang Islam dengan bukan Islam. Pegangan penganut Islam amat kukuh dan tidak adil jika dibandingkan sumpah laknat dengan “confession” di gereja di hadapan paderi. Saya sebagai pihak yang mendengar sahaja pun hampir menggeletar seluruh badan, inikan pula pihak yang bersumpah itu.
Oleh itu, saya juga ingin mencabar Anwar Ibrahim supaya melakukan sumpah laknat ini dan seperti kata Mufti Perlis, kita tengok siapa yang kena laknat selepas itu!
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, bersumpah menggunakan kitab suci bukan ajaran Islam sebaliknya merupakan amalan orang Kristian dan Yahudi.
Sehubungan itu, kata bekas menteri besar Terengganu itu, kes yang membabitkan zina dan liwat hendaklah dirujuk kepada undang-undang qazaf.
"Jika undang-undang qazaf tidak ada, kerajaan perlu membuat pindaan di Parlimen supaya ia boleh diadili melalui undang-undang Islam
"Rujuk kepada mahkamah syariah mengikut Akta 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan iaitu kes untuk zina dan liwat," katanya.
Abdul Hadi berkata demikian ketika mengulas tindakan Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan mendakwa beliau telah diliwat secara paksa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata, dalam Islam hanya ada lian iaitu sumpah antara pasangan suami isteri.
"Anwar dan Saiful bukan suami isteri dan dalam kes ini ia bukan sahaja tidak kena tetapi telah menunjukkan kebodohan umat Islam sendiri. Beliau (Saiful) menggunakan agama Islam jenama apa kerana ia tidak merupakan hak dalam Islam. Bagaimana Saiful bersumpah menggunakan Quran sedangkan dia tidak tahu isu kandungan kitab suci itu. Dia (Saiful) boleh buat apa sahaja tetapi kita tidak boleh dengar sebelah pihak sahaja."
Abdul Hadi sekali lagi mengulangi kes tersebut merupakan satu agenda politik yang kotor.
Beliau juga menegaskan PAS akan tetap membantu Anwar untuk memenangi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.
Katanya, dalam Islam seseorang tidak dianggap bersalah selagi ia tidak didapati bersalah.
"Oleh itu kita tidak mahu membuat hukuman awal seolah-olah Anwar telah bersalah. Apabila membenarkan Anwar bertanding dalam pilihanraya ia merupakan satu kaedah yang beliau tidak bersalah," katanya.
Abdul Hadi juga berkata, Anwar tidak perlu untuk melakukan sumpah laknat sepertimana yang dilakukan oleh Mohd Saiful untuk membersihkan namanya.
"Biarlah ia diputuskan oleh Mahkmah Syariah," katanya.
Dalam kenyataannya semalam, Saiful mencabar Anwar supaya melakukan sumpah laknat untuk membersihkan namanya.
Komen Nik Aziz apabila Saiful bersumpah. "Dalam Islam sesiapapun bebas bersumpah untuk membuktikan dirinya benar tetapi bukanlah dengan memegang kitab suci al-Quran kerana ia adalah perbuatan orang Kristian yang memegang kitab mereka ketika bersumpah".
Amerika terus bela Anwar.
Amerika Syarikat yang melenting apabila mantan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dituduh dengan satu tuduhan liwat melibatkan beliau dan bekas pembantu peribadinya iaitu Saiful kini dikatakan Amerika Syarikat telah buat hal lagi dan tetap dengan perangai keras pedalnya dan meneruskan tradisi "Everyone Always wrong dan just him always right" yang bermaksud apa yang orang lain lakukan semuanya salah tetapi apa yang mereka lakukan semuanya betul walaupun telah melakukan kerosakkan di atas muka bumi ini sehingga mengorbankan ramai umat-umat Islam yang tidak berdosa di Iraq, Afghanistan, dan bermacam-macama tempat yang melibatkan pembunuhan ramai nyawa yang melayang tetapi bagi Amerika tindakan itu betul kononya ingin memerangi pengganas.
Bercakap dengan kesombongan Amerika yang ingin memerangi pengganas atau lebih dikenali di kalangan mereka dengan perkataan 'Terorrist' penulis merasakan sudah banyak manusia biasa yang tidak berdosa dijadikan mangsa perang Amerika, setiap hari semakin ramai manusia yang tidak berdosa dibunuh dengan begitu kejam seperti harimau yang membaham mangsanya yang tidak bersenjata. Kita lihat sahaja di Iraq hari-hari hujan peluru menghujani Iraq di Afghanistan pun perkara sama yang berlaku.
Inilah Kekejaman Amerika yang mahu berlagak menjadi polis dunia walaupun dunia tidak mengiktiraf mereka sebagai polis dunia tetapi mereka tetap berlagak sebagai polis dunia. Misi Amerika yang kononya ingin menghapuskan pengganas tetapi misi mereka ternyata gagal pengganas semakin ramai walaupun ramai mangsa yang tidak berdosa telah menjadi lembu korban amerika.
Itulah Amerika mereka pandai mengkritik orang tetapi walaupun diri sendiri lebih jahat daripada Firaun. Amerika sebenarnya di dalam misi menakluk untuk menjadikan negara-negara seperti Iraq, Afghanistan sebagai negara jajahan takluknya dan berkemungkinan besar mereka cuba menakluki negara-negara lain termasuk Malaysia melalui cara lembut contohnya melalui menguasai kepimpinan tertinggi di sesebuah negara atau dengan kata lain penjajahan bentuk baru (Penjajahan Pemikiran).
Sebenarnya penjajahan pemikiran oleh Amerika sudah bermula sekarang, kita lihat generasi muda kita hari ini yang begitu terpengaruh dengan budaya-budaya songsang dari Amerika, malah penyebaran sejenis dadah generasi baru atau dadah tiruan contohnya seperti Pil Kuda, sebenarnya Amerika adalah dalangnya kerana mereka ingin merosakkan pemikiran generasi muda kita secara senyap kerana kesan sampingan pengambilan pil kuda ialah boleh menjadikan pengamalnya mendapat tekanan mental atau dengan kata lain gila.
Begitu cepat pil sebegini telah tersebar ke seluruh Malaysia, malah yang paling mengejutkan pengamalnya bukan sahaja daripada orang yang berpendidikan rendah malah mereka yang berpendidikan tinggin pun turut menjadi penagih 'pil pemusnah' ini. Jika kita kira bilangan majoriti mungkin ramai yang terkejut kerana majoriti penagih 'pil pemusnah' ini adalah di kalangan siswa serta siswazah dan pelajar universiti. Tidak ketinggalan juga kanak-kanak sekolah rendah juga telah mula dipengaruhi untuk mengambil 'pil pemusnah' ini.
Pil ini umpama bom jangka yang dihantar oleh Amerika dan bila-bila masa sahaja boleh meletup sekiranya kita tidak berbuat sesuatu. Satu lagi misi amerika ialah mencari pemimpin untuk dijadikan boneka mereka dan bolehlah mereka menguasai sesebuah negara melalui pemimpin yang menjadi boneka padanya contoh terdekat ialah Arab Saudi yang kini pemimpinya sudah menjadi boneka kepada Amerika. Jadi fahamilah dengan sendiri kenapa Amerika yang pelabur terbesarnya ialah yahudi membela Datuk Seri Anwar Ibrahim, Fahamilah sedalam-dalamnya dan ingatlah "you must thinking out of the box" atau dalam erti kata lainnya 'critical thinking'
Marilah bersama-sama kita boikot semua barangan Amerika dan juga semua barangan Yahudi bersamalah kita bersatu atas nama Islam. Semoga perjuangan kita dirahmati oleh Allah tuhan seru sekian alam. Demi Islam kita sanggup syahid.
http://www.suaragenerasimuda.com
|Ketuanan Melayu perlu dipertahan|
Frasa ‘ketuanan orang Melayu' menyemarakkan kebanggaan kepada setiap orang Melayu di samping menjadi perangsang generasi muda untuk terus memartabatkan bangsa di mata dunia. Beberapa kekuatan yang dimiliki bangsa Melayu, seperti perpaduan, penguasaan dalam politik dan ekonomi, ilmu pengetahuan tinggi dan sokongan daripada Allah, adalah antara faktor yang mengharuskan orang Melayu menjadi tuan di tanah airnya sendiri. Kekuatan ini seperti sudah menjadi hak milik tetap bangsa Melayu. Dengan kekuatan ini orang Melayu seterusnya mampu untuk menjadi tuan di bumi ini.
"Allah berjanji kepada orang antara kamu yang percaya, dan membuat kerja kebaikan bahawa Dia sesungguhnya menjadikan kamu pengganti di bumi sebagaimana Dia menjadikan orang yang sebelum mereka pengganti-pengganti" (24:55).
Jelaslah untuk orang Melayu menjadi pengganti atau tuan di bumi ini, mereka perlu percaya kepada Allah dengan berpegang teguh kepada Kitab-Nya, al-Quran, sambil membuat kerja baik untuk setiap manusia. Matlamat bangsa Melayu untuk menjadi pengganti di bumi kelihatan hampir dicapai sepenuhnya. Mereka sudah sampai hampir ke pelosok dunia dalam urusan perniagaan, atau memberi khidmat sebagai pakar dalam sesuatu bidang, atau menjadi tokoh disegani dalam bidang tertentu. Ini untuk menyebut beberapa contoh sahaja. Kehebatan bangsa Melayu dilihat juga pada angkatan bersenjata negara, termasuk pasukan polis, yang turut dianggotai bangsa lain. Setelah berjaya menewaskan gerila komunis dan fahamannya dalam negara, mereka dijemput berkhidmat di luar negara sebagai pasukan pengaman. Khidmat cemerlang mereka di tiga benua membuka mata dunia.
Dalam bidang pendidikan, dunia benar-benar berasakan kehadiran orang Melayu. Pelajar Melayu yang di luar negara dengan bilangan yang begitu ramai menunjukkan kepintaran mereka sehingga ramai daripada mereka menerima anugerah dan kepujian. Namun, kekuatan orang Melayu yang dianggap menjadi hak milik tetap mungkin menjadi sementara sahaja. Hakikatnya, ia boleh berlaku kerana pada masa ini, orang Melayu tidak lagi bersatu hati, apatah lagi jika mereka tidak dapat terus menguasai bidang politik.
Perpaduan bangsa Melayu mula retak apabila timbul segolongan pihak yang membawa fahaman agama baru. Ia dikatakan baru kerana dalam agama masyrakat Melayu sebelum ini belum pernah timbul amalan mengkafir sesama Islam dengan meluas. Amalan ini yang dilarang Allah, mula bertunas lebih sedekad lalu. Lantas, tumbuh bibit perpecahan sehingga menjadi ketara apabila masjid dijadikan alat permisahan kerana ada orang Melayu bersolat jemaah dengan dua imam berlainan fahaman.
Kudis yang tumbuh itu kini menjadi pekung pula. Keadaan menjadi lebih merunsingkan apabila lahir amalan memurtadkan orang Melayu lain serta mengancam untuk membunuh atas nama Islam. Sekali lagi mereka menunjukkan ketidakpercayaan kepada Allah. Jangan sangka perkara ini ringan. Kemurkaan Allah sesuatu yang amat berat lagi ditakuti. Kekalutan dalam agama bagi orang Melayu disemarakkan sesetengah ulama yang nyata membelakangkan ajaran Tuhan yang terkandung dalam al-Quran. Walaupun ajaran ulama banyak dipersoalkan, kebanyakan orang Melayu masih bertaut kepada mereka. Mereka menerima bulat-bulat ajaran ulama tanpa mengkaji sendiri kandungan al-Quran sebenarnya. Al-Quran memang mudah difahami sebagai sebuah kitab yang memberi petunjuk.
Firman-Nya, "Sesungguhnya Kami memudahkan al-Quran untuk peringatan. Adakah sesiapa yang mengingatinya?" (54:17).
Ayat ini diulang, perkataan demi perkataan, sebanyak empat kali di dalam sebuah surah, iaitu surah al-Qamar (Bulan). Malangnya ayat ini tidak diajar ulama. Mereka mengajar perkara sebaliknya dengan menyatakan al-Quran sukar difahami atau pengkajiannya memerlukan ilmu tertentu termasuk ilmu tafsir. Ilmu tafsir hanya mengandungi pendapat orang yang lazimnya pendapat orang zaman dahulu mengenai pengertian ayat al-Quran. Ia didapati bengkok setelah diuji. Sebagai bukti dikemukakan contoh ayat yang dipetik daripada kitab "Tafsir Pimpinan Ar-Rahman kepada pengertian Al-Qur'an" (edisi kelima, 1992), karya seorang ulama tempatan.
Contoh ayat: "Dan bandar-bandar yang ditunggangbalikkan itu, Dialah yang (mengangkatnya ke angkasa dan) menghempaskannya ke bumi". Tafsiran ini bagi ayat al-Quran 53:53.
Apabila dibandingkan tafsiran ini dengan pengertian sebenar ayat itu maka didapati ia hanya khayalan ulama itu. Ayat 53:53 sebenarnya bererti "Dan negeri yang musnah, Kami menjatuhkannya juga".
Contoh lain. Tuhan jelas menunjukkan waktu untuk berpuasa iaitu dari waktu fajar hingga ke malam. Firman-Nya, "Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam" (2:187).
Ayat ini ditafsirkan ulama dengan cara dicurigai sehingga mewajibkan umat berpuasa dari waktu subuh hingga ke waktu maghrib. Kedua-dua waktu ini dengan sebutan namanya saja menunjukkan kelainan dengan waktu fajar dan malam seperti yang disebut Tuhan.
Waktu subuh adalah waktu sebelum fajar, sementara waktu maghrib pula adalah waktu sebelum malam. Perkataan malam adalah ‘lail' dalam bahasa Arab. Dalam konteks al-Quran, waktu malam adalah waktu gelap iaitu waktu yang tiada lagi cahaya siang.
Perkataan subuh dan fajar ada kaitan dengan amalan solat. Daripada al-Quran, dan hadis, didapati dengan jelas sebutan nama 'solatil fajri', atau solat fajar, bukan 'solatil subhi', atau solat subuh, seperti yang diajar ulama. Lantaran timbul persoalan mengenai sebutan bagi niat solat itu di kalangan orang Melayu yang berani menyoal. Demikian itu adalah hanya beberapa kekalutan yang dikesan dalam agama orang Melayu akibat ajaran ulama.
Kembali kepada memperkatakan hal perpecahan orang Melayu. Setelah terbahagi kepada dua golongan kerana agama, muncul pula satu golongan baru untuk memecahkan lagi bangsa kepada tiga kelompok. Perpecahan kali ini berpunca daripada soal wang. Golongan ini tidak berpuas hati dengan pengagihan kekayaan dan berkehendakkan jumlah yang diterimanya menjadi lebih besar. Lantas mereka memperbesarkan soal kroni atau kronisme. Mereka menimbulkan masalah dalam kepimpinan negara lalu melencong kepada isu lain dalam perjuangan yang akhirnya dipolitikkan. Isu agama pun menjadi salah satu daripada agenda mereka. Tanda kehancuran kaum Melayu menyerlah lagi apabila generasi mudanya terlibat dalam kegiatan yang membelakangkan budaya bangsa. Apa yang dilakukan tidak menuju ke arah matlamat yang membolehkan bangsa Melayu menjadi tuan di tanah airnya sendiri. Sebaliknya tindakan yang dilakukan menuju ke arah penghapusan bangsa.
Mungkin kejadian ini tidak pernah terlintas pada fikiran orang Melayu kerana jiwa mereka ditanam dengan kata hikmat lagi keramat, ‘takkan Melayu hilang di dunia'. Namun, penghapusan sesuatu kaum tidak mustahil berlaku dan pernah pun berlaku beberapa kali dalam sejarah manusia.
Seperti itulah amaran Allah berbunyi "Jika Dia mengkehendaki, Dia menghapuskan kamu, dan sesudah kamu untuk menggantikan kamu, apa yang Dia kehendaki, sebagaimana Dia menumbuhkan kamu daripada keturunan kaum yang lain. Apa yang kamu dijanjikan, itu pasti datang" (6:133-134).
Artikel oleh boyesen.
Rasuah Dan Korupsi
rasuah mencakupi empat perkara:
1- melanggar undang-undang yang dikuatkuasa
2- penyalahgunaan harta negara
3- merugikan negara
4- memperkayakan diri sendiri dan kerabat
manakala Badan Pencegah Rasuah (BPR) meletakkan empat kesalahan utama dalam rasuah merangkumi:
1- meminta/ menerima rasuah
2- menawar/ memberi rasuah
3- membuat tuntutan palsu
4- menyalahguna jawatan/ kedudukan
korupsi pula merangkumi lima elemen:
1- melanggar hukum atau peratuan
2- penyelewengan kuasa sewenang-wenangnya
3- merugikan negara
4- memperkaya diri sendiri
5- amalan pilih kasih seperti nepotisme dan kronisme
terdapat beberapa keadaan yang mencetuskan rasuah. Mungkin boleh dinyatakan di sini beberapa elemen:
1- pemusatan kuasa, terutama dari kalangan para pembuat dasar
2- kurangnya ketelusan dalam urusan pentadbiran kerajaan
3- kempen-kempen politik yang mahal
4- projek mega yang melibatkan penggunaan wang pembayar cukai yang besar
5- kelemahan sistem perlaksana dan kehakiman
6- gaji penjawat awam yang kecil
ayat quran berkaitan rasuah :
(1) Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).
( Al-Baqara, Chapter #2, Verse #188 )
(2) Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah) atau berpalinglah dari mereka dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
( Al-Maeda, Chapter #5, Verse #42 )
( Al-Maeda, Chapter #5, Verse #44 )
perjuangan jazmie
menentang rasuah dan korupsi
Karya : Dr. Danial Zainal Abidin
MEMBACA buku bertajuk Quran Saintifik - Meneroka Kecemerlangan Quran Daripada Teropong Sains Dr. Danial Zainal Abidin mampu membawa pembaca kepada bukti kebesaran Allah bahawa kandungan al-Quran bukan setakat ibadat semata-mata serta sejarah umat terdahulu malah ia turut menyentuh segala perkara termasuk ilmu sains. Malah apa yang lebih menarik ramai di kalangan saintis Barat serta saintis di benua Asia yang bukan beragama Islam mengakui kebenaran al-Quran setelah mereka membaca tafsiran ayat-ayatnya yang memperkatakan ilmu sains. Sebagai contoh dalam satu bab di dalam buku ini penulis menceritakan bagaimana seorang pakar dalam bidang anatomi yang berasal dari Thailand, Prof. Tejatat Tejasen akhirnya memeluk Islam selepas mengakui kehebatan al-Quran. Bekas dekan Fakulti Perubatan Universiti Chiang Mai itu memeluk Islam ketika berucap di seminar perubatan ke-8 yang diadakan di Riyadh, Arab Saudi. Kata Tejasen ”Tiga tahun lepas saya amat berminat dengan al-Quran. Saya meyakini segala apa yang dinyatakan dalam al-Quran seribu empat ratus tahun dahulu adalah benar kerana ia boleh dibuktikan secara saintifik. "Oleh sebab Muhammad (Rasulullah) tidak tahu membaca dan menulis, beliau semestinya merupakan seorang utusan yang menyampaikan kebenaran daripada Tuhan mencipta. Pencipta itu semestinya Allah, justeru saya rasa sudah sampai masanya untuk saya berkata ‘Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah".
Dalam bab yang sama penulis juga menceritakan kekaguman Dr. Gary Miller yang merupakan seorang pakar matematik di samping seorang tokoh dalam ilmu teologi Kristian terhadap al-Quran. Pada tahun 1978, beliau dihadiahkan dengan sebuah al-Quran terjemahan Inggeris. Ilmu yang beliau peroleh daripada al-Quran kemudian mengubah hidupnya kerana selepas itu beliau memeluk Islam. Antara petikan menarik Miller dan tulisannya yang bertajuk The Amazing Quran ”Seperkara yang mengejutkan golongan bukan Islam selepas mengkaji al-Quran adalah tidak seperti yang mereka jangkakan. "Pada awalnya sebahagian mereka menjangkakan isi al-Quran pasti tua lagi kuno seperti umurnya yang hanya membicarakan mengenai padang pasir. Bagaimanapun mereka mula sedar bahawa al-Quran mampu menyahut cabaran ahli-ahli sains." Kata Miller lagi, konsep sains pada hari ini adalah satu konsep yang memerlukan bukti dan sememangnya isi kandungan al-Quran mampu membuktikan setiap kebenaran ayat-ayatnya.
Seribu empat ratus tahun sudah berlalu dan tidak ada sesiapa pun yang mampu membuktikan kepalsuan al-Quran, justeru al-Quran adalah sebuah kitab yang hak lagi benar. Penulis buku ini bijak membahagikan beberapa bahagian bagi memudahkan pembaca meneliti setiap bab yang membincangkan ilmu sains berdasarkan ayat-ayat al-Quran. Secara umumnya terdapat lima bab yang mengupas mengenai kehebatan al-Quran dalam konteks ilmu sains iaitu; Daripada kelima-lima bab itu dapat disimpulkan bahawa perbincangan ilmu sains yang terdapat di dalam al-Quran menyentuh bidang penciptaan alam, astronomi, kejadian asal-usul manusia, hikmah ibadat dalam konteks sains, pengharaman babi dan khasiat beberapa tumbuhan seperti buah tamar, zaitun dan tin serta air zam zam. Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa di dalam al-Quran terdapat ayat-ayat yang menyentuh bagaimana alam ini dijadikan antaranya dalam surah Fussilat ayat ke-11 iaitu kejadian langit dan bumi adalah daripada asap (dukhan).
Antara saintis yang kagum dengan kenyataan Quran ini adalah Prof. Yoshihide Kozai dari Universiti Tokyo, Jepun. Beliau juga merupakan Pengarah National Astronomical Observatory di Mikata, Jepun. Beliau ditunjukkan ayat-ayat al-Quran yang menceritakan berkenaan kejadian langit dan bumi. Selepas mengkaji ayat-ayat itu beliau merasakan seolah-olah ayat-ayat tersebut diceritakan oleh seorang yang melihat kejadian alam ini di peringkat tertinggi. Beliau berkata, penemuan-penemuan semasa adalah sama dengan fakta yang terdapat di dalam al-Quran iaitu kejadian langit dan bumi adalah daripada asap. Daripada gumpalan asap itu lahir bintang-bintang dan kelahiran itu menjadi asas kepada kelahiran alam ini. Akhirnya Kozai mengakui kebenaran al-Quran dengan berkata: ”Saya kagum dengan fakta-fakta astronomi yang terdapat di dalam al-Quran. Dengan membaca al-Quran dan menjawab persoalan-persoalan yang timbul, saya rasa saya akan menemui cara untuk mengkaji alam semesta pada masa akan datang.”
Rata-rata saintis khususnya Barat mengakui apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad (SAW) mengenai ilmu ini seperti mana yang terdapat di dalam al-Quran adalah sesuatu yang amat menakjubkan. Ini kerana ilmu mengenai astronomi dan cakerawala hanya ditemui dalam tempoh terdekat ini sedangkan Nabi Muhammad telah menyampaikan kebenaran ini 1,400 tahun yang lalu. Mereka hairan bagaimana Nabi Muhammad mampu menyampaikan satu ilmu yang pada masa itu tidak tercapai oleh fikiran manusia kerana ketiadaan teknologi yang membolehkan ilmu itu diakses. Mereka akhirnya mengakui apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad itu adalah wahyu Allah dan bukannya satu rekaan. Katanya, ilmu yang disampaikan oleh Nabi Muhammad merupakan kebenaran yang tercatat di dalam al-Quran. Mengenai kejadian manusia ramai di kalangan saintis terkenal takjub dengan penyusunan kejadian manusia di dalam al-Quran seperti mana disebut dalam surah al-Mukminun ayat ke-14. Para saintis terbabit cukup kagum kerana susunan kejadian manusia di dalam ayat tersebut begitu terperinci, benar dan menepati ilmu sains moden. Mereka hairan bagaimana al-Quran melalui ayat tersebut yang pada masa itu mampu menggambarkan secara tepat kejadian manusia iaitu daripada nutfah (air mani) menjadi alaqah (sebuku darah beku) dan mudghah (seketul daging). Selepas itu ayat berkenaan menerangkan selepas dicipta seketul daging dijadikan pula beberapa tulang dan tulang tersebut membalut daging. Setelah sempurna kejadian Allah membentuk makhluk.
Dalam satu bab lain penulis ada menerangkan mengenai hikmat kewajipan mandi junub, wuduk, sembahyang dan berpuasa dalam konteks sains selain khasiat buah-buahan yang sering dimakan oleh Nabi Muhammad antaranya tamar, tin dan zaitun.
utusan, rencana, 12/05/08
Orang Melayu Tak Mengungkit
pertamanya terima kasih atas pertanyaan dan komen Suaradikal di blog saya .: cherita kami | zerodeuxsix :.™ . di sini saya akan memperjelaskan mengenai pertanyaan yang diberikan.
'kenapa orang Melayu kuat mengungkit'? pada hakikatnya, orang Melayu tidak pernah mengungkit. orang Melayu hanya menuntut hak2 mereka yang semakin lama dikikis oleh bangsa asing. orang Melayu tak pernah mengambil hak bangsa lain. sebaliknya, bangsa lainlah yang sedikit2 mengambil hak orang Melayu. sejak zaman penjajahan oleh negara asing lagi, hak orang Melayu telah diambil sedikit demi sedikit. zaman pendudukan British di Alam Melayu yang dulunya kaya dengan bahan mentah dan emas. selepas zaman pendudukan British di Tanah Melayu sendiri. orang Melayu dipinggirkan dan diletakkan di kampung2 sebagai petani. orang India pula tinggal di ladang2 sebagai penoreh getah dan peladang. orang Cina pula yang memonopoli ekonomi yang sepatutnya dikuasai oleh orang Melayu di bandar2. adakah kita pernah menuntuk hak kita pada ketika itu? semasa pemerintahan Malayan Union, prinsip jus soli yang diperkenalkan dan pengikisan kuasa raja2 Melayu menimbulkan kemarahan orang Melayu. sejak itu banyak suara yang berani menentang kerajaan British yang mengambil hak2 orang Melayu. adakah ini yang dikatakan sebagai 'kenapa orang Melayu kuat mengungkit'? orang Melayu sangat mudah bertolak ansur dengan memberikan kewarganegaraan kepada kaum Cina dan India. orang Melayu hanya menuntut hak mereka agar tidak dipertikaikan dan diambil oleh kaum lain selepas sejarah silam banyak memberi pengajaran kepada mereka untuk bertindak menentang sebarang pengambilan hak2 dan keistimewaan orang Melayu. orang Melayu tak pernah meminta2 daripada kerajaan Malaysia untuk menuntut sesuatu untuk kepentingan kaumnya sendiri. sebaliknya kaum2 lain yang semakin berani mengambil hak orang Melayu yang kononnya kerajaan Malaysia sepatutnya mengamalkan prinsip 'meritokrasi' atau kesamarataan. adakah kaum2 lain lupa bahawa sejak dahulu, mereka telah mengambil hak orang Melayu? dan kini masih terdapat suara2 yang menuntut agar kerajaan yang memerintah tidak berat sebelah kepada orang Melayu.
bermula dengan kejadian 13 Mei 1969, tuntutan Suqiu oleh orang Cina dan sekarang tuntutan Hindraf oleh kaum India yang menuntut hak mereka sebagai rakyat Malaysia. bukankah ini dikatakan sudah melampau kerana mereka tidak mengambil iktibar peristiwa 13 Mei 1969 yang menjadi sejarah hitam bagi Malaysia. sehingga dikatakan Malaysia melaksanakan pembersihan kaum atau 'ethnic cleansing'. memang ini adalah perbuatan dan tuduhan yang melampau serta boleh membawa kepada rusuhan kaum di Malaysia. adakah dalang disebalik kejadian ini cuba memperlagakan hubungan antara kaum di Malaysia? adakah rakyat Cina dan India akan menikmati keamanan dan kemewahan jika mereka tinggal di China dan India? adakah mereka tidak bersyukur dengan apa2 yang mereka peroleh selama ini di Malaysia? jika peristiwa 13 Mei 1969 ini berlaku dalam tempoh 10 tahun selepas kemerdekaan Tanah Melayu, kemerdekaan Tanah Melayu akan diambil balik oleh kerajaan British. ketika itu rakyat berpegang teguh pada kontrak sosial dalam perlembagaan tanpa pergaduhan kaum sehingga 2 tahun selepas itu barulah berlakunya peristiwa 13 Mei 1969. kerajaan Malaysia telah baik baik hati dan memenuhi beberapa tuntutan kaum Cina dan India dan orang Melayu tidak pernah mengungkit sedikitpun mengenai hak mereka diambil oleh kaum lain. tetapi terdapat suara2 sumbang yang mengatakan orang Melayu suka mengungkit kisah2 dahulu tentang hak keistimewa hak orang Melayu. memang sudah termaktub dalam perlembagaan mengenai hak keistimewaan dan hak orang Melayu yang tidak boleh dicabar dan menjadi sensitiviti yang harus dijaga oleh semua kaum.
oleh itu, kepada mereka yang masih mengatakan 'orang Melayu kuat mengungkit', henti2 kan lah. orang Melayu sanggup mengorbankan hak2 mereka sedikit demi sedikit demi menjaga keharmonian antara kaum2 di Malaysia. janganlah lupa sejarah hitam negara dan kembalilah kepada kontrak sosial yang selama ini menjadi pegangan asas kita yang hidup bersama kaum2 lain di Malaysia. saya mengharapkan penjelasan ini mudah difahami oleh Suaradikal yang mempersoalkan 'kenapa orang Melayu kuat menungkit'. untuk pengetahuan sekalian pembaca, orang Melayu pun ada batasnya. bacalah puisi ini yang menjadi titik tolak semangat saya membela nasib orang Melayu. sajak ini adalah post saya yang terdahulu. cuma diletakkan kembali bagi mengingatkan tentang batasan orang Melayu.
Apabila kita berlaku adil terhadap orang lain,
Apabila tak mengambil hak orang lain,
Tidak menafikan hak orang lain,
Jangan sesiapa menafikan hak orang Melayu,
Kerana kesabaran orang Melayu juga ada hadnya.
Melayu,
Orang Melayu cukup beralas,
Sindirnya berasas,
Tegurnya tegas,
Tunduknya bukan tewas,
Beraninya tiada batas,
Kelihatan lembut tapi keras,
Melayu bangsa yang sopan,
Kerana agama jadi panduan,
Sanggup mati kerana kawan,
Namun sabarnya ada sempadan.
Fikir2kan lah bersama.
Harga Minyak Naik
isu kenaikan harga minyak oleh kerajaan persekutuan membolehkan ramai pihak mengambil kesempatan untuk mempengaruhi rakyat supaya menentang kerajaan. harga petrol naik sebanyak 78 sen dari RM 1.92 kepada RM 2.70 seliter. Harga minyak diesel pula naik sebanyak RM 1 daripada RM 1.58 kepada RM 2.58 seliter. demonstrasi jalanan di KLCC turut akan diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak oleh kerajaan. Mukhriz dan Dr. Wan Azizah pula mengambil kesempatan untuk menyuarakan bantahan secara terang2an. kononnya rakyat tertipu tentang isu minyak. Anwar pula menyatakan kerajaan membebankan rakyat dan mengabaikan tanggungjawab terhadap rakyat. semakin pening Pak Lah dibuatnya.
bagi saya, kenaikan harga minyak akan menyebabkan kenaikan bagi sektor tenaga yang lain seperti elektrik. TNB berusaha untuk tidak membebankan rakyat dengan mengadakan rundingan dengan pengeluar tenaga bebas (IPP) mengenai kenaikan harga bahan api. kenaikan minyak menyebabkan TNB terpaksa meningkatkan kos operasinya dan sekaligus menyebabkan kenaikan kadar tarif elektrik.
kalau semua naik memang amat menyeksakan. kos sara hidup makin meningkat. scholar pun harap2 naik. hahahaha~ *gurauan semata2* manusia2. tak pernah berpuas hati dengan apa yang ada. cukuplah dengan dasar JPA yang ingin menambah jumlah pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke luar negara. isu kenaikan peratusan penerima biasiswa daripada 10 peratus kepada 45 peratus kepada bukan bumiputera masih tidak selesai. ditambah dengan penentangan daripada segilintir pemimpin yang memaksa Pak Lah meletak jawatan. Inikan pula dengan kenaikan harga minyak makin merunsingkan pemikiran Pak Lah. kasihanilah Pak Lah.
walau apa pun yang terjadi, saya tetap sokong Pak Lah dari belakang. nasihat saya kepada mereka yang menentang, janganlah membelakangi pemimpin yang ada sekarang. sebaliknya berusaha membantu dan meneruskan usaha pemimpin2 kita sekarang membangunkan negara dan rakyat. teruskan memimpin Malaysia dan buatlah apa yang patut untuk pembangunan rakyat. buat Pak Lah, janganlah mudah putus asa dengan apa yang telah berlaku. sebaliknya terus mara ke hadapan dan membaiki segala kelemahan semasa kepimpinan Tun dahulu.
Tuntutan Hindraf Melampau
Tindakan Barisan Tindakan Hak Hindu (HINDRAF) yang menuntut 18 perkara daripada kerajaan Malaysia dikatakan amat melampau dan menentang perlembagaan negara Malaysia yang menjadi dasar negara sejak bertahun2 lamanya. HINDRAF yang menyerahkan petisyen kepada Ratu Elizabeth 2 supaya melantik Queen’s Counsel membentangkan hujah bagi saman yang dikemukakan oleh mereka di Britain 30 Ogos 2007. Mereka juga mendakwa kerajaan Britain bertanggungjawab yang menyebabkan kaum India di Malaysia terabai dan teraniaya. Mereka meminta pampasan daripada kerajaan Britain kira-kira 4 Trillion Pound kira2 RM 27 Trillion untuk seluruh kaum India di Malaysia. Diannggarkan jumlah penduduk India di Malaysia adalah 8% daripada 26 Juta rakyat Malaysia.
Tindakan HINDRAF boleh menjejaskan keamanan dan keharmonian rakyat Malaysia yang kononnya memperjuangkan kebebesan dan perjuangan hak kaum yang menghalalkan perbuatan mereka itu dengan mengetepikan sensitiviti masyarakat lain. Janganlah HINDRAF sama sekali cuba untuk menyemarakkan api perkauman di Malaysia. Adakah mereka lupa peristiwa 13 Mei 1969 yang menjadi sejarah hitam negara kita? Tindakan mereka sama sekali menunjukkan HINDRAF tidak belajar dari sejarah hitam negara itu. Jangan kerana kepentingan kaum individu kaum India, maruah, integriti dan kestabilan ekonomi runtuh menjadi punca mereka menuntut dari kerajaan Britain. Mungkin selepas ini masyarakat Cina pula yang akan menuntut dari Maharaja Jepun dan bagaiman pula masyarakat Melayu?
Kontrak sosial yang selama ini dipegang oleh rakyat Malaysia menjadi faktor utama keharmonian negara kita. Adakah mereka lupa orang Melayu telah sanggup berkorban satu per satu untuk menjaga kepentingan kaum2 lain? Tuntutan2 yang melampau dan tidak masuk akal oleh HINDRAF menunjukkan mereka tidak menjaga sensitiviti kaum2 lain di Malaysia. Sebaliknya mereka lebih mementingkan kepentingan kaum sendiri. Orang Melayu tidak pernah mengambil sedikit pun hak kaum2 lain. Sebaliknya, kita harus ingat bahawa kaum2 lah yang sedikit2 mmengambil hak orang Melayu.
Jika hak bumiputera (termasuk orang Melayu) dan agama Islam dipertikaikan, mereka harus disedarkan bahawa melayu telah membuat kesilapan yang teramat besar apabila menerima mereka menjadi warganegara Tanah Melayu dan kesilapan itu menjadi beban yang tidak terhingga kepada orang Melayu sehingga hari ini dan masa akan datang. Andaikata hak bumiputera dan agama Islam disentuh oleh Hindraf dalam tuntutan mereka kepada kerajaan British, orang Melayu juga mesti bertindak seperti mereka, menyaman kerajaan British kerana kerajaan British lah juga menjadi punca orang Melayu pada hari ini pening kepala menguruskan kaum India di Malaysia!
Siapakah mereka untuk mempertikaikan hak2, keistimewaan dan ketuanan orang Melayu? Jika mereka tidak pindah ke Tanah Melayu, belum tentu mereka akan mengecap keamanan dan kemewahan seperti di Malaysia sekarang. Belum tentu mereka dapat makan dan tidur dengan selesa seperti yg dinikmati rakyat Malaysia sekarang. Aksi demonstrasi jalanan tak boleh dipandang ringan, HINDRAF perlu diharamkan kerana bersifat penghasut dan merbahaya kepada perpaduan kaum. Tapi yang inilah Anwar suka dan dipelajari hasil lawatannya yang kerap ke Indonesia dan Filipina. Sejak Anwar bebas, beliau mula menunjukkan taringnya sejak pilihanraya di Ijok, insiden Batu Buruk, Dataran Merdeka dan baru-baru ni di Kuala Lumpur. Ternyata Anwar lah yang menjadi dalang demonstrasi2 jalanan yang berlaku di Malaysia selepas pembebasannya.
Fikir2 kanlah bersama. Bukan ingin menyentuh isu perkauman di Malaysia, sebaliknya ingin menyedarkan mereka yang masih tidur lena dibuai mimpi dengan kenikmatan yang mereka nikmati di Malaysia. Cuba belajar mengenai kontrak sosial yang menjadi tunjang keamanan Malaysia sekarang. Bukannnya sibuk menentang dan menuntut yang bukan2 daripada orang lain.
Batas Orang Melayu
Apabila kita berlaku adil terhadap orang lain,
Apabila tak mengambil hak orang lain,
Tidak menafikan hak orang lain,
Jangan sesiapa menafikan hak orang Melayu,
Kerana kesabaran orang Melayu juga ada hadnya.
Melayu,
Orang Melayu cukup beralas,
Sindirnya berasas,
Tegurnya tegas,
Tunduknya bukan tewas,
Beraninya tiada batas,
Kelihatan lembut tapi keras,
Melayu bangsa yang sopan,
Kerana agama jadi panduan,
Sanggup mati kerana kawan,
Namun sabarnya ada sempadan.
Tuntutan Suqiu Melampau
Gabungan Persatuan2 Cina (SUQIU) telah mengemukakan 83 tuntutan di bawah 17 Perkara. Tuntutan ini disifatkan sebagai memenuhi hak kaum Cina di negara ini. Tun Mahathir menyifatkan Suqiu sama dengan komunis seperti yang dilabelkan beliau kepada Suqiu yang dikatakan telah menyinggung perasaan kaum Cina kerana mengamalkan sifat ekstremisme.
Lebih sejuta penduduk bukan Melayu diberi kerakyatan Persekutuan Tanah Melayu setelah mereka bersetuju dan mengiktiraf orang Melayu sebagai bumiputera anak watan dengan hak istimewa. Dengan perkataan lain orang Melayu sanggup cairkan (dilute) dominasi mereka dalam politik kerana ingin mengiktiraf hak bukan Melayu dan menerima konsep negara berbilang kaum. Walaupun 60 peratus dari warganegara Malaysia terdiri dari orang Melayu dan bumiputera lain, Dasar Ekonomi Baru (DEB) hanya memperuntukkan 30 peratus dari kekayaan ekonomi negara bagi mereka. Adakah ini yang dikatakan masih tidak cukup kepada warganegara bukan Melayu?
Suqiu yang juga mendakwa ia mewakili 2,000 pertubuhan. Persoalannya apakah 2000 pertubuhan ini mengadakan mesyuarat dan membincang secara mendalam tentang 83 tuntutan di bawah 17 tajuk? Adakah benar mereka mengadakan mesyuarat dengan merujuk kepada golongan yang diwakili oleh mereka?
Dalam bidang pelajaran, walaupun kerajaan memberi 60 peratus kepada warganegara bumiputera dalam universiti tempatan, bilangan orang Melayu yang lulus dari universiti tempatan dan luar negara serta mereka yang menjawat jawatan professional masih rendah. Jika meritokrasi diamalkan diamalkan di Malaysia, hanya 25 peratus orang Melayu dan bumiputera yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti. Itupun jika orang Melayu dan bumiputera tidak menentang. Jika mereka menentang, sudah tentu akan adanya pembunuhan, kekecohan dan demonstrasi jalanan di seluruh negara dan sekaligus ia akan menjejaskan keharmonian negara.
Jika kerajaan Malaysia menerima 100 peratus tuntutan yang dibuat oleh mana2 kaum, maka akan berlaku ketidakadilan kepada kaum yang lain. Kerajaan Malaysia masih baik hati untuk menerima sebahagian daripada tuntutan suqiu. Jika pemimpin2 Melayu hanya mementingkan kepentingan peribadi kaum mereka, maka akan berlaku rusuhan dan sebagainya. Orang Melyu sudah banyak bertolak ansur kepada kaum lain. Jangan cuba bermain api dengan orang Melayu. Tahap kesabaran orang Melayu pun ada batasnya.
Fikir2 kan bersama.
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Selected Quotes
"I am indeed proud on this, the greatest day in Malaya's history it falls to my lot to proclaim the formal independence of this country. Today as new page is turned, and Malaya steps forward to take her rightful place as free and independent partner in the great community of Nations - anew nation is born and though we fully realise that difficulties and problems lie ahead, we are confident that, with the blessing of God, these difficulties will be overcome and that today's event, down the avenue of history, will be our inspiration and our guide."
-Independence Day, 1957
"We must each always think first of Malaya, of the national need and least of ourselves. Everyone must try to help and see that the people are one-minded, with one loyalty and one aim, to make Malaya - the land we love - a happy abode for all of us. If we all do this then we can guarantee liberty, security, prosperity and happiness for the future."
- 1959
"To sum it all up there is a place in the sun for everyone in Malaysia. Whatever harsh judgments other parties may make about us, we are proud to say that we have made progress. We have delivered the goods to our people."
- National Press Club Dinner, 1964
"Kita ini telah diamanahkan oleh rakyat negeri ini menuntut Kemerdekaan Tanah Melayu dan menyediakan Tanah Melayu bagi menjadi satu negeri yang aman dan makmur dan menyatukan rakyat-rakyat Tanah Melayu mcnjadikan satu orang yang taat setia kepada Tanah Melayu."
- Independence Delegation , 1957
"If all our peoples co-operate together with loyalty and integrity, then there is nothing we cannot achieve for the good of all."
- Speech over Radio Malaya , 1959
"Negeri kita ini unik. Tidak ada 'isme' yang boleh diimport dari luar negeri. Kita kenalah tadbirkan negeri ini secara sendiri. Jika kita cuba hendak tiru mana-mana 'isme' dari negeri luar, maka sudah tentu tidak dapat diterima rakyat negeri ini."
"My advice to our young people is never to give up hope. For this reason I am writing about my experiences, I started off badly but ended up with success as Prime Minister."
"We must each always think first of Malaya, of the national need and least of ourselves. Everyone must try to help and see that the people are one-minded, with one loyalty and one aim, to make Malaya - the land we love - a happy abode for all of us. If we all do this then we can guarantee liberty, security, prosperity and happiness for the future."
"Independence could not be achieved with ease. The Malays must work hard, energetically and wholeheartedly for it."
"There is a lot of planning to be done and many lessons to be learnt. Looking at our country as an independent nation, we should take plenty of time to deal with the economic situation and problem. It has to be done properly and carefully."
"All people must feel that there is room for them in our country and that we can all live in peace with one another, provided of course that we respect one another's rights, and provided, too, that we realise we owe duties to one another for the good and well-being, the progress and happiness of our country, Malaysia."
Tun Hussein Onn
Selected Quotes
"Seseorang pemimpin mestilah jujur. Kejujuran yang saya maksudkan, bukan sahaja dari segi sokongan yang diberikan kepada perjuangan parti, tetapi juga dalam pemikiran, pertimbangan dan tindakan."
- Mesyuarat Perwakilan UMNO, 1981
"Tanpa kejujuran yang tulin, seseorang pemimpin akan menggunakan jawatannya sebagai bahan dagangan untuk mencapai kedudukan, mencari pengaruh, nama dan membolot kekayaan. Ia akan menjadikan parti dan perjuangan sebagai topeng untuk memuaskan hawa nafsu. Ia akan mengambil kesempatan daripada sesuatu suasana atau krisis untuk menangguk di air keroh."
- Mesyuarat Perwakilan UMNO, 1981
"UMNO telah ditubuhkan untuk memperjuang dan melindungi kepentingan masyarakat Melayu.Perjuangan ini adalah diasaskan kepada konteks sejarah dan kemunduran sosio-ekonomi orang-orang Melayu, di dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini, kita haruslah meneruskan perjuangan kita, dengan penuh semangat kegigihan dan tanggungjawab."
- Mesyuarat Perwakilan UMNO, 1981
"Kemerdekaan tanahair kita telah bersama-sama dicapai oleh UMNO, MCA dan MIC. Pembangunan dan kemajuan negara kita telah bersama-sama diusahakan oleh UMNO, MCA dan MIC, dan kebelakangan ini, bersama-sama dengan parti-parti lain dalam Barisan Nasional."
- 30th MCA Anniversary , 1979
"As Third World countries our respective economic development programmes should avoid weaknesses and mistakes of the industrialised West, particularly in the progress of international economic relations."
- Peking, 1979
"My country wishes to be friendly with all countries, big and small, whatever may be their political or social systems. We believe in and have put into effect the policy of peaceful co-existence and mutual respect. We are not aligned to any power blocks and adhere strictly to our policy of equidistance."
- Moscow, 1979
"Development and modernization cannot be brought about without both social and political adaptation. The social system with its sets of norms, values and institutions governing the interaction of people with a society, tends to change very slowly. It is the political aspect of development which often triggers a faster rate of change."
- Gerakan General Meeting , 1980
"Power is given to us not to lord it over others, not to improve our standing nor to enrich ourselves. Power must be used for the good and well-being of the people at all times. Power must always be used for the benefit of the people."
"The economy, national unity, and security are inordinately linked with each other. We cannot achieve a more progressive rate of economic growth if our political stability is not strong. If both of them are unstable, then undoubtedly our unity will be taxed, and this will threaten the security of our country."
Tun Abdul Razak Hussein
Selected Quotes
"Kita hendaklah mempunyai keyakinan kepada sains dan teknoloji moden tanpa membelakangkan kewajipan-kewajipan kita sebagai manusia yang beriman."
- Petaling Jaya , 1972
"Sebagai wakil Kerajaan, Penghulu-penghulu dikehendaki menjalankan berbagai tugas untuk melicinkan pentadbiran negara."
- Kuala Lumpur, 1975
"Your Code of Ethics exhorts you to always bear in mind your obligation as a citizen of your nation, your state and your community, and to give to them your answering loyalty in words, act and in deed."
- Kuala Lumpur , 1960
"My vision of the development machine of government, as all of you know, is to turn Government officers, in every single department connected with development, into an effective human machine, all working together, with one heart and one mind, focused on one single purpose - service to our people."
- Kuala Lumpur, 1968
"Development is like a four dimension film; pure hard and fast economics and economic theory are not enough. One has got to take into consideration equally important aspects, the human aspect, the social aspect and the political aspect."
- Kuala Lumpur, 1967
"Despite the rhetoric of many third world leaders, the sense of insecurity from which these states and more particularly, their regimes-suffer, emanates to a substantial extent from within their boundaries rather than from outside."
"The reason why I am laying such stress on the importance of "Red Book" projects is that we, all of us, know, that the real success in the development of the rural areas lies in the hearts and minds of the rural people themselves, and I intend to call upon the people to play their part to the full, when I launch Phase II of our - Rural Development Programme"
"I should like you to realise and remember, that in our National Five-Year Plan we must make sure that many millions of dollars to be spent on development are in fact diverted towards true development so that our National money is in fact a proper investment towards progress."
Tun Dr. Mahathir Mohamad
Selected Quotes
"It is not for me to say whether I have succeeded or not. The people and history will judge and determine whether my service was good or bad."
- UMNO General Assembly, 2003
"All things being equal, a country's development is dependent on the quality of its people. That is why some countries and some people do well while others despite their rich resources fail."
Malaysia has gone through three great crises since the second world war. We have bounced back twice. We will bounce back again, God Willing.
- World Economic Forum, 1999
"Wawasan 2020 was what our people, deep in their hearts, had always wanted. It articulated the best aspirations of our citizens. It is in harmony with the best traditions of our very Malaysian way of life. It said what needed to be said. It laid to rest the gremlins that lurked within the darkest corridors of our history. It settled many of the unresolved issues of the past. It took from our backs some very heavy baggage of history which had greatly hindered us in the past."
- National Congress Vision 2020, 1997
"If you don't know how to ride a horse, you will fall off. I have fallen off a horse three times. But to get the balance, to be in rhythm with the animal and all that is something that you can achieve only if you learn. I had to learn about finance."
- Putrajaya, 2003
"No wealthy developed country that is information poor and no information-rich society that is poor and undeveloped."
- Second World Knowledge Conference, 2000
"Knowledge has always been important, of course. The ancient Egyptians did not raise the stones for the pyramids relying on the incantations of their gods. The waters in the irrigation canals of the great Indus Civilisation did not flow according to the laws of ignorance. Knowledge has always been power and wealth."
- Second World Knowledge Conference, 2000
"The fact is that in order to forecast the future we have to look into the past. Not only will the past influence the future but what happens in the past will help indicate the possible trend of events in the future."
- London, 2000
"History is a great teacher which can help us create a better world. But unfortunately the lessons of history are often ignored, sometimes deliberately. And because we ignore the lessons of history we keep on repeating the mistakes of the past and we suffer accordingly."
- International Association of Historians of Asia, 2000
Apabila Sensitiviti Melayu Tak Dihormati
Selepas ini nampaknya pemimpin Melayu akan berfikir banyak kali untuk bercakap secara terbuka mengenai soal kemelayuan atau untuk memperjuangkan nasib bangsa mereka. Konsep kemelayuan atau ‘Malay-ness’ menjadi momok baru selepas Pilihan Raya Umum 2008. Apa saja yang berkait dengan kemelayuan harus dibuat secara berhati2. Tujuannya bagi menjaga hati orang lain.Ia termasuk ritual yang membabitkan tradisi orang Melayu seperti menghunus keris pada majlis rasmi. Dasar yang membantu orang Melayu seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), walau dalam apa bentuk jelmaan juga terbabit. Malah, menjadi semakin sukar orang Melayu mahu memperagakan kemelayuan mereka takut nanti dilihat akan menakutkan orang lain. Demikianlah ironi sebuah bangsa majoriti di negaranya sendiri. Satu pilihan raya nampaknya mengubah segala2nya. Tiba2 akibat berkurangnya sokongan terhadap sesuatu parti, maka seluruh pendekatan dan kaedah dalam kerangka hubungan Melayu dan kaum lain harus difikirkan semula. Tiba2 pertimbangan lain yang tidak ada kena mengena dengan bangsa Melayu harus diambil kira.
Sensitiviti kaum lain harus menguasai sebarang pertimbangan dan tindakan. Tidak ada salahnya hal ini. Lagipun kita hidup dalam sebuah negara pelbagai kaum. Silapnya apabila sensitiviti orang Melayu tidak dihormati. Benarlah kata orang, tidak mudah menjadi Melayu hari ini. Sudahlah tertinggal dalam hampir semua lapangan, kuasa politik di tangan kita pun mulai terhakis. Kuasa politik itu malangnya dipecahkan bukan oleh orang lain, tetapi sesama sendiri. Setiap parti yang membabitkan orang Melayu mempunyai definisi kemelayuan sendiri, berserta wadah dan perjuangan yang berbeza. Kita menyalahkan penjajah kerana mengasingkan pelbagai kelompok dalam satu diaspora Melayu yang besar. Kita menyalahkan penjajahan yang memenjarakan minda Melayu hingga menjadikan mereka berpuak-puak sesama sendiri. Kemelayuan pada akhirnya didefinisikan oleh sempadan ilmu alam dan realiti politik. Hari ini kita mula melihat bagaimana konsep ‘saudara serumpun’ semakin terhakis. Perihal rangkaian kemelayuan senusantara semakin hilang maknanya tidak perlu ditangisi lagi. Apa yang lebih mengkhuatirkan ialah di dalam negaranya sendiri orang Melayu semakin terasing, menjarak dan menjauh. Belum pernah dalam sejarah bangsa ini, orang Melayu sedemikian berpecah-belah seperti sekarang. Alasan awalnya tentulah tafsiran agama, kemudian perbezaan politik.
Lebih menakutkan ialah orang Melayu yang menganggap apa saja yang namanya Melayu itu mundur, kecil dan tidak moden. Malah, ada yang menolak bahasa, budaya dan nilai kemelayuan. Seorang ahli perniagaan yang tidak begitu berjaya secara terbuka mengisytiharkan, apa susahnya menjadi Melayu, asal tidak makan babi dan memijak al-Quran, Melayulah dia. Mungkin juga kita menjadi bangsa yang paling bersedia mengutuk kelemahan sendiri. Tidak ada yang baik dikaitkan dengan kita. Kita membiarkan diri kita didedahkan, ditelanjangkan dan dimalukan. Malah, nampaknya menjadi satu kebanggaan sekiranya kita dapat menunjukkan kelemahan bangsa sendiri. Siapa saja yang berjaya mesti dicari cacat celanya, kalau bukan kelemahannya, gosip orientasi seksnya atau kalau tidak pun kisah lampaunya. Tidak cukup dengan internet ditambah dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) sekali. Teori propaganda menyebut, sepuluh kebohongan akan menjadi kebenaran. Teori komunikasi moden menyebut, setiap e-mel dianggap benar, setiap SMS dianggap sahih. Kita terlupa dalam apa skandalpun di negara ini - dari kes video peguam Lingam hingga khabar angin korupsi seorang pemimpin yang tertonjol ialah orang Melayu. Seolah-olah orang Melayu menjuarai segala penyakit masyarakat dari korupsi, dadah, mat rempit, entah apa lagi. Orang lain diam menyembunyikan keaiban bangsa mereka, kita yang beragama Islam, menjadikan kerja mengaibkan bangsa sendiri sebagai hobi utama. Apa yang tidak kita dedahkan lagi? Apa yang tidak cukup terdedah? Kita menjadi bangga mengisytiharkan keaiban anak bangsa kita. Tidak hairanlah jika tokoh korporat yang terbina atas keringat dan air mata tidak pernah mengagumkan kita. Malah, kita labelkan mereka ‘keparat.’ Setiap kali berlaku perubahan pimpinan, yang menjadi mangsa ialah anak Melayu. Sekali air bah sekali pantai berubah.
Setiap kali seorang pemimpin politik Melayu terpinggir atau dipinggirkan, satu generasi bijak pandai dan tokoh korporat yang mendampinginya akan terhapus. Orang baru akan membina yang baru pula. Mereka akan tercantas pula apabila orang lain mengambil alih. Proses ini berterusan nampaknya sedangkan peniaga Cina tidak pernah terjejas akibat perubahan pimpinan politik Melayu. Apakah kerana mereka dengan pantas membuat penyesuaian atau kerana pimpinan Melayu tidak pernah selesa dengan kelompok yang bukan mereka cipta atau rangsang pertumbuhannya? Akibatnya kesinambungan dalam bidang perniagaan di kalangan orang Melayu sukar berlaku. Ahli perniagaan tidak terbina dalam semusim atau dua musim pilihan raya. Mereka mengambil masa yang lama. Tetapi, cantas mencantas menjadikan mereka tak lebih daripada peribahasa ‘patah tumbuh hilang berganti’. Malangnya tidak mudah menumbuhkan yang baru. Yang lama juga perlukan perlindungan, bukan pandangan yang curiga.
Orang Yahudi juga amat kritikal terhadap bangsa mereka. Malah synagogue mereka menjadi medan perbahasan dan debat. Kecerdikan bangsa itu ada kaitannya dengan tradisi kritis yang terbina di kalangan kaum mereka sejak kecil lagi. Tetapi, mereka punya strategi dan agenda yang lebih besar. Bilangan mereka kecil, tetapi mampu menguasai hampir semua disiplin daripada perbankan hingga kesarjanaan dan dunia hiburan. Mereka juga kaum yang paling ramai menjadi pemenang Hadiah Nobel dalam pelbagai kategori sejak anugerah itu bermula pada 1901. Sepuluh orang dari kaum itu memenangi kategori sastera, 37 dalam bidang fizik, 21 bidang kimia, 39 dalam perubatan, 13 dalam bidang ekonomi dan 7 hadiah keamanan. Seramai 127 orang Yahudi atau 18 peratus memenangi Hadiah Nobel daripada sejumlah 687 penerima setakat ini. Mereka bangsa kecil yang bermentaliti ditawan. Maka, mereka harus menjadi cemerlang dan berjiwa penakluk. Apakah kita boleh menjadi bangsa yang berjiwa penakluk dengan sikap dan pendirian kita? Apakah kita bersedia dengan kemahiran dan kepandaian seperti bangsa Yahudi?
Bagaimanakah 250 juta orang Melayu di seluruh dunia tidak dapat menandingi keupayaan kaum lain yang lebih kecil jumlahnya? Apakah salahnya tradisi, budaya dan sejarah? Atau kerana kita sememangnya berhati kecil, enggan berjiwa besar dan berminda terbuka? Soalan itu tidak perlu dijawab. Orang Melayu sudah rela mengetepikan bangsa dan kepentingan bangsanya kerana keyakinan yang ada pada diri mereka. Menurut pandangan sesetengah orang, tidak ada salahnya memburukkan bangsa sendiri atas nama kebenaran dan keterbukaan. Mungkin ini proses pembelajaran bagi orang Melayu agar mereka bangun daripada kealpaan dan kelalaian. ‘Malay-bashing’ dilakukan oleh orang Melayu di negaranya sendiri. Semakin hari semakin lantang desakan untuk menelanjangkan kelemahan bangsa Melayu. Perkataan maaf tidak ada maknanya lagi. Peribahasa ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’ juga tidak bererti. Kita nampaknya akan terus mendedahkan pekung di dada sendiri kerana kita yakin dengan berbuat demikian kelambu yang kita bakar akan menguntungkan bangsa kita. Saya mengharapkan akan terusik juga conscience kita atau sekurang2nya terdetik keinsafan bahawa yang sudah2lah marilah kita memperbaiki imej dan maruah kita yang begitu tercalar di tanah air kita sendiri.
Fikir2 kan bersama.
Mahathirisme dan PakLahrisme
Tun Dr Mahathir Mohamad menyuarakan kebimbangannya mengenai kemungkinan berlaku kekacauan kaum dalam masyarakat majmuk di Malaysia, dan menuduh penggantinya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, gagal melaksanakan kuasanya. "Sekarang kita lihat kaum-kaum yang berlainan membuat tuntutan terhadap kerajaan, yang mereka anggap sebagai kerajaan yang lemah," katanya kepada pemberita di Tokyo semalam. Saya mengaku Tun banyak memberi sumbangan kepada Malaysia semasa zaman pemerintahan Tun. Sehingga Malaysia banyak dikagumi oleh negara2 lain kerana dasar2 dan sumbangan Tun pada negara selama 22 tahun.
Walaupun Malaysia baru 50 tahun merdeka, Malaysia sekarang mampu bersaing dengan negara2 maju yang lain. Ghana yang lebih awal merdeka sebelum Tanah Melayu belum mengecap kebahagiaan seperti yang dinikmati oleh rakyat Malaysia sekarang. Ini adalah sumbangan pemimpin2 terdahulu yang telah diterajui oleh 5 Perdana Menteri termasuk Tun Dr. Mahathir Mohamad. Tapi, Tun tak sepatutnya membelakangi Perdana Menteri sekarang. Zaman Tun dah berlalu. Kini tiba zaman Pak Lah. Cara pemerintahan Tun jauh berbeza dengan pemerintahan sekarang. Tun mengamalkan pemerintahan autokratik. Pak Lah pula mengamalkan permintahan secara muzakarah. Jangan samakan kedua2 pemerintahan sama sekali. Tun lebih mengutamakan pembangunan moden semata2. Itulah sebab Tun mendapat gelaran Bapa Pemodenan. Pak Lah pula lebih mengutamakan pembangunan modal insan rakyat. Apa yang Tun tak buat dulu, Pak Lah nak buat sekarang. Berpijaklah di bumi yang nyata. Jangan duk membelakangi orang lain sehingga rakyat terabai. Tun sendiri yang menyatakan Melayu Mudah Lupa dan Melayu Haprak. Akhirnya sekarang semuanya berbalik pada Tun sendiri. Adakah Tun sudah lupa semua itu?
Berilah peluang kepada Pak Lah untuk mentadbir negara. Baru sepenggal Pak Lah memimpin negara. Tun berkata 'golongan ekstremis' di kalangan pelbagai kaum, telah mula menyuarakan penentangan mereka dan membuat tuntutan yang tidak adil terhadap kerajaan, dalam usaha untuk"memecah dan bukannya menyatukan (rakyat)".
Baru-baru ini, wujud kebimbangan mengenai langkah 'mengislamisasikan' Malaysia serta meningkatkannya polarisasi di kalangan tiga kaum utama di Malaysia.Kira-kira 60 peratus daripada 27 juta rakyat Malaysia terdiri daripada Melayu-Islam, diikuti oleh kaum Cina dan India yang sebahagian besarnya beragama Buddha, Hindu atau Kristian. Tun juga baru-baru ini keluar dari Umno dan menggesa ahli-ahli parti itu yang lain supaya mengikut jejak langkahnya, yang mengikut para penganalisa, boleh memecahkan parti itu dan menumbangkan kerajaan. Bagi mengatasi kelamahan (kerajaan), Tun dengan beraninya berkata Perdana Menteri perlu meletak jawatan. Tun Dr. Mahathir yang bersara pada 2003, dan memilih Pak Lah sebagai penggantinya.Tun tidak sepatutnya menuduh Perdana Menteri rmengamalkan rasuah, pilih kasih dan tidak cekap mentadbir negara.
Pesanan saya sebagai rakyat Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berpalimen, janganlah membelakangi pemimpin Malaysia sekarang. Sebaliknya, bantulah pemimpin2 kita sekarang bukan sahaja membantu negara mengecap pemodenan semata2, malah membantu negara membangunkan modal insan rakyat yang kian dipinggirkan.
Posted by





