Update Reunion 2009

Salam semua , Lama tak dengar cherita . Sedikit update tentang Reunion yang ditunggu-tunggu oleh kita Semua .


Bahang dan Aura Reunion 2009 semakin terasa .

Update Mengenai Aktiviti yang akan di lakukan .

26 January 2009 , Isnin .

2.00 PM
*Semua orang Berkumpul di HTO De Futsal , Subang Jaya . (alamat dan peta akan diupdate kelak) .


*Semua orang yang hadir , Wajib main futsal ! . Jangan risau pasal bayaran , semuanya di TANGGUNG .
Anda cuma perlu datang dan memeriahkan suasana !



7.00 PM
*Permainan Tamat dan keputusan futsal akan di umumkan . Hadiah? . Rahsia...
*Tak lupa aktiviti bergambar bersama!



8.00 PM
*Bergerak ke Masjid (Belum ditentukan , akan diupdate di sana) , dah lama kita tak berjemaah bersama.



8.30 PM
*Selesai solat maghrib , kita ke aktiviti seterusnya , BBQ .


*Tempat juga tidak ditetapkan lagi , buat masa ini , kemungkinan besar di rumah agam saudara Jubei .


*Ada sedikit bayaran , tapi tak banyak mana .



10.30 PM
*Lepas semua selesai makan , kemungkinan besar aktiviti yang akan diadakan ialah menonton wayang . Tapi aktiviti ini fleksibel , jika ada cadangan yang lebih bernas dan memuaskan nafsu semua orang , boleh sampaikan .


Habis bila? . Ini tak dapat nak di tentukan , kemungkinan lewat sampai ke pagi . =)

Update mengenai Penginapan .

Setelah berurusan , Condominium di Lagoon Perdana , Sunway , Subang Jaya milik rakan-rakan seperjuangan kita dari batch lain , akan menjadi penginapan utama . Bagi yang selebihnya , Rumah saudara Muzal dan rakan-rakan batch yang lain pun ada . Jangan risau . Kami tak akan biarkan anda tidur di luar rumah.

Update Mengenai Pengangkutan .

Sini saya senaraikan rakan-rakan batch yang akan datang dengan kenderaan .



Jubei
Muzal
Mamsod
Effa
Itik
Capoi
AK
APO
Aidil
Bantal
Jazmie
Peteh
Anep
Izlan



Nama yang terpilih kat atas ni , wajib bawak kereta (Pesan Saudara Muzal) . =)Bagi yang hadir juga dengan kenderaan , boleh bagitau di ruangan komen , saya akan update di sini .

More Updates ?

Bagi yang jauh , tolonglah datang , kali ini sahaja kita mahu berjumpa , bersuka ria , gelak ketawa dan main senyum-senyum antara rakan batch . Datang lah , lagi ramai lagi meriah . Bagi yang di utara dan pantai timur , datanglah . 3 tahun kita tidak bersama , mungkin kali ini yang paling sesuai! *Sekarang purata yang datang ialah 50++ orang .



Kalau ada yang nak datang lagi , inform pada organizer kita(jubei(012 226 5054) dan muzal(013 200 5913)) .


*Jadi Semua , tolong inform pada yang lain , minta ehsan rakan-rakan untuk sampaikan pada semua .


*Bagi yang ada blog , buat lah satu entri mengenai perkara ini , Biar semua orang boleh tahu!

Semua telah kami sediakan , dari penginapan , sehingga ke pengangkutan , anda hanya perlu datang untuk memeriahkan suasana ! .



Let's rock this event and make it a remembrance to all!

1 comments:

Enchik Jazmie Jamaludin said...

baru balik. bahagia nya bersama mereka. :) terima kasih kepada zerodeuxsix yg hadir. kenangan terindah dan terakhir di malaysia mungkin.

p/s: ku sayang dak batch

Post a Comment

Back to Top