0

Umrah.



Tertarik saya untuk menulis sebagai ulasan kepada satu tajuk yang keluar dalam akhbar Utusan Malaysia kelmarin, iaitu tajuk pada ruangan Kemusykilan Agama bersama Ustaz Mohd Farid Ravi Abdullah. Telah lama saya ingin berkomentar tentang perkara ini tetapi kini saya dapat hujjah lebih lagi melalui kemusykilan agama yang dijawab oleh Ustaz Farid Ravi ini.


Kemusykilan yang dikemukakan iaitu berkenaan dengan adanya orang yang berulang kali pergi mengerjakan umrah ke tanah suci. Sedangkan yang wajib hanyalah mengerjakan haji dan satu kali sahaja seumur hidup, dan umrah itu memadailah jika dikerjakan hanya sekali. Ustaz Farid Ravi juga telah mengemukakan pandangan dari Syeikh Dr Yusof Qardhawi seperti mana berikut.


Sebelum seseorang hamba Allah ingin melakukan sesuatu maka mestilah dia meletakkan asas syariah dan maqasidnya bagi kelakuannya. Ini amat perlu supaya mukallaf itu dapat menilai keperluan dan kawajaran melakukan sesuatu amalan, termasuklah memahami fiqh aulawiyyah (keutamaan).


Pertama : Sesungguhnya Allah tidak akan menerima ibadat sunat selagi mana tidak menunaikan ibadat wajib. Berdasarkan persoalan pertama ini maka barangsiapa menunaikan ibadat haji sunat dan ibadat umrah sunat sedang dia tidak mengeluarkan zakat padahal dia wajib mengeluarkannya maka kedua2 ibadat itu ditolak dan tidak diterima di sisi Allah S.w.t.


Ini kerana mereka yang dikurniakan Allah dengan limpahan rezeki yang banyak hendaklah terlebih dahulu membersihkan harta mereka sebelum harta itu digunakan untuk ibadat sunat.


karya: hikmatun
0

Lalat.


Terlebih dahulu dimaklumkan, gambar ini bukan diambil sendiri oleh saya hehe. Ini sekadar iklan, untuk menambah keyakinan bahawa dunia ini ada penciptanya. Bukannya seperti yang ditekadkan oleh para atheist dan mereka yang tidak beriman. Mari kita cuba perhatikan gambar di atas, iaitu gambar seekor lalat. Dan sebelum itu sila klik gambar itu untuk perbesarkan dan perhatikan matanya.

Pada matanya itu ada susunan bintik2 bulat, yang tersusun kemas. Semua itu adalah kaedah MATEMATIK sebenarnya. Maka cuba tanya diri anda, adakah semua itu terjadi dengan sendiri?

Adalah sangat mustahil dan tidak masuk akal sama sekali ianya terjadi dengan sendiri. Mesti ada yang menyusunnya dan mereka cipta senibina tubuh lalat tersebut. Kerana amat mustahil boleh terjadi dengan sendiri sesuatu yang tersusun sekata, sejajar, selari. Dan Pencipta itu ialah Tuhan kita iaitu Allah S.w.t Yang Maha Berkuasa lagi Maha Agung. Betapa Maha Seni dan Maha Halus ciptaan2Nya. Macam lalat ni, dah lah halus, dengan rekabentuk yang canggih (termasuk bulu-bulu dan warna-warna), pastu dapat bergerak dan terbang merata2, makan minum dan sebagainya pulak tu, ih ih ih. SubhanAllah.

Oleh itu wahai para Atheist, mereka2 yang tidak beriman dan tidak percaya bahawa dunia ini ada penciptanya, marilah sama2 kita renung kembali, fikir sedalam2nya, jangan ambil mudah dan mahukan kebebasan semata2, mari lah kita beriman kepada ALLAH S.w.t, demi kebahagiaan kita di dunia dan di akhirat. Yakinilah bahawa Allah itu ada, dan akan menghakimi kita di akhirat nanti dengan apa yang kita perbuat di atas dunia yang sementara ini. Maha suci Engkau ya Allah, tidak lah Engkau ciptakan semua ini sia-sia. Maha suci Engkau, jauhkanlah kami dari azab api neraka, amiin.

karya : himatun

4

Freedom.

AUSMAT



1.5 YEARS





TAMMAT

November 7th

daku berSEDIH

 

2

Petua Kecantikan

1. Minum banyak air, minum. minum dan minum! Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?.

2. Bersenam ! Baik untuk kesihatan. elok untuk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yang mudah! Jangan malas untuk bersenam, lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.

3. Jangan merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu. jadi kenapa nak merokok? Nak kuruskan badan? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit. pasti org lebih nak sihat, kan? 4. Tidur yang cukup, Jangan asyik berjaga waktu malam, tak elok tu. Waktu malam kan
dikhaskan untuk tidur? Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

4. Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jangan biarkan sisa-sisa mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka.Kat rumah. tak payahlah sapu itu ini, cukuplah dengan wajah yang bersih.

5. Makan yang cukup tapi bukan berlebihan. Jangan sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara yang baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.

6. Luangkan masa untuk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun. anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Jika rajin. cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.


7. Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

8. Don't worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!


9. Ketawa penghibur duka! Jadi ketawalah apabila bergurau senda dengan famili atau kawan-kawan. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.

Okay? Mudah bukan, kecantikan bermula dalam diri dan amalan sehari-hari!

Back to Top